Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak

Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Sayalah Sarah Nuha!

Thursday, May 30, 2013

Permata Hati Ummi dan Walid


Penat la ligan bola..jom berehat dulu sambil makan ais krim....


Comel tak Kak Tonnnnnnnnnn..............


Mimpi bola..........


Kami kawan baik!


Dora Dora Dora...ekekkek


Besssttttt mandi manda @ Sunway Karnival Sungai Petani


Saya 3 tahun...adik Naseh 1 tahun stgh...

Mei-Jun Libang Libu

Bismillahirahmanirrahim...tepat jam 2.56 pagi bertarikh 27 Mei 2013 tiba-tiba rasa nak jengah blog yang dah lama tak buka...rasa banyak benda nak ditaip tapi setiap perasaan tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata-kata...apatah lagi jika sang pembaca "nadanya" tidak selari dengan maksud yang diluahkan penulis..apapun ini blog peribadi..sekadar meluah rasa...tengok tajuk entah betul entah tidak...gambaran perasaan yang berkecamuk..hehhe..tapi masih stabil ya:).

Bermula dengan bulan April anakanda yang tercinta Kak Yong Sarah Nuha telah pun memasuki usia 3 tahun jadi pada 20 April dengan tidak seperti yang dirancang kami mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena sambutan ulangtahun Sarah yang ke 3...bahagia lihat Kak Yong sangat gembira kerana dapat memotong kek princess kegemarannya dengan memakai baju "kembang" baru....anak perempuan la katakan mmg suka yg cantik2...untuk mengelakkan Naseh akan "berkecil hati" jadi kek ditempah dua biji..satu untuk Naseh kek "bola kampung"...lebih pada itu sebagai seorang ibu dan bapa kita mengharapkan anak-anak akan menjadi anak yang soleh yang dapat membawa kita ke laluan Jannah..tanggungjawab yang sangat besar dengan cabaran semasa sangat menggerunkan.Ya Allah berikan kami kekuatan untuk menjadi ibu dan bapa yang bertaqwa semoga kami dapat membesarkan zuriat kami agar mereka menjadi anak-anak yang mencintai ketaatan kepada MU...Allah...beratnya rasa...


Pada 29 April pula ulangtahun kelahiran bonda tercinta yang ke 64 tahun...sedikit majlis kesyukuran juga dibuat...hanya sambutan anak-anak yang terdekat dan yang lain mendoakan dari kejauhan..semoga bonda sentiasa bahagia..kami belikan kerusi menggantikan kerusi meja makan yang lama....anakanda mohon ampun dan maaf kerana seringkali membuat perasaan bonda sedih..lihatlah betapa kita sayangkan anak-anak kita yang baru beberapa tahun Allah pinjamkan berbanding sudah 30 tahun lebih Ibu dan Bapa kita menjaga kita..bayangkan perasaan mereka..Mak..sayangnya pada mak..terima kasih menjadi ibu yang baik..semoga Allah merahmati sepanjang usia mak...



12 Mei 2013...Selamat Hari Ibu...sedikit jamuan kesyukuran di Rumah Taman Desa Indah..mungkin kali terakhir sebelum berhijrah ke Negeri Selangor...(masih mengharap dapat eg-Tukar)...sambutan juga bersama anak-anak terdekat...ada 4 ibu....Emak Rodziah, Ibu Zuraini, Ummi Siti dan bakal Mama Huda....tiada apa yg dapat diberikan...hadiah yang terlalu kecil berbanding jasa mu ibu..cadar quilted yg saya sayang semoga mak suka..


Sambungan....3.06 pagi...31 Mei 2013

Selepas mengisi eg-Tukar pada bulan April perasaan sedikit kurang tenang..tetapi inilah keputusan terbaik yang telah dibuat oleh saya dan suami...kami mengambil keputusan untuk bermastautin di Negeri Selangor dan telah pun mengambil Kuarters Institusi Pendidikan Kajang Utama....

Hujung Mei....Cuti sekolah bermula...perasaan masih lagi bercampur baur..drp 23 Mei mengatakan akan kuar result eg Tukar kemudia 27 Mei..suami menegaskan 1 Jun baru keluar..tiba-tiba hari ni walid call katanya mungkin lagi lewat ke satu tarikh yang belum diketahui...Allah..libang libu hati ni....
Alhamdulillah minggu awal cuti dapat menghabiskan masa di bilik j-QAF menyiapkan tugasan/kerja yg belum lunas..harap2 bila saya dapt tukar sedikit sebanyak "hutang" saya akan setel...kawan-kawan sepanitia..teruskan perjuangan di SKSMA..perjuangan mendidik anak bangsa...kita guru j-QAF berat tanggungjawab...amanah ini akan disoal di akhirat kelak....

Sempat bawa Kak Yong dan Naseh mandi manda....




Alhamdulillah pada awal cuti kami adik beradik berkumpul di kampung dan bersama2 BBQ dengan jayanya..hehhe..


Akhirnya...esok akan masuk 1 Jun...cepatnya masa berlalu..Maha Suci Allah yang mengatur perjalanan alam ini..Ya Allah jadikan aku hambaMu yg hari ini lebih baik dari hari semalam...tutuplah keaibanku di dunia semoga tiada juga keaibanku di akhirat..sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dalam mencapai Mardhatillah..namun insan yang lemah seringkali tewas...Wallahua'lam.

Sunday, February 17, 2013

Bengkel Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Rasulullah

Catatan Awal Setelah Pulang Daripada Bengkel

Sudah lama saya mengikuti blog Ustazah Siti Khadijah serta blog-blog dan FB individu lain yang mengamalkan teknik Rasulullah ini. Terdetik dalam hati teringinnya nak ikuti bengkel teknik ini. Dorongan ini datang bersama azam untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri. Selalu merasakan kelas sangat hambar ataupun penuh bebelan dan kemarahan dengan sikap anak-anak didik yang pelbagai. Pasti semua guru-guru merasai perkara yang sama apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar daripada kelas akhir. Ini memberi dorongan yang kuat pada diri saya untuk mengubah teknik p dan p yang lazim digunakan.

Setelah membaca iklan di dalam FB Ustazah Siti Khadijah yang bengkel akan diadakan di Kuala Kangsar saya terus mengajak rakan-rakan j-QAF yang lain untuk menyertai bengkel ini yg berlangsung pada 17 Febuari 2013 di Masjid Ridhwaniah Kuala Kangsar. Saya sangat teruja untuk mengikut bengkel ini. Alhamdulillah pada hari ini maka terlaksana juga harapan yang berbunga-bunga tersebut. Saya dan 3 orang lagi rakan serta adik saya sendiri memecah kedinginan pagi ahad menaiki kereta dengan dipandu oleh saya. Dah dua tahun tak pandu atas highway..bergegar juga kaki bila tengok meter 140...Bagi saya sendiri semua ini aturan dan kemudahan yang Allah kurniakan kepada kami...Alhamdulillah...

Pada malamnya sebelum bengkel, sebenarnya anak-anak saya kurang sihat..dalam hati sedikit gundah gulana..dalam hati berdoa harap-harap esok pagi akey  sikit sebab saya tetap mahu hadiri bengkel tersebut. Seawal 6.30 pagi saya sudah bersiap, badan anak-anak tidak panas tetapi mereka muntah, batuk dan Naseh sedikit penat. Saya cuba tenangkan diri seolah tiada apa yang berlaku..dalam hati terus berdoa agar saya dapat juga hadiri bengkel tersebut! 6.40 pagi saya pergi isi minyak dan bawa anak-anak terus hantar ke rumah pengasuh dan saya tidak bekalkan ubat sebab saya andaikan dan berharap anak-anak saya sihat. Pada pukul 7.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar dan sampai pada jam 8.20 pagi.

Pada pukul 9.00 pagi bengkel pun bermula..


Monday, February 4, 2013

Permata Hatiku....Rungutan Jejas Kendiri Positif Anak

*Catatan ini saya ambil dalam Majalah Mingguan Wanita 1-7 Febuari 2013 oleh Nurul Asiah Fasehah Muhammad Pensyarah USIM..saya harap ia bkn menciplak tulisan siapa2 tetapi sekadar berkongsi maklumat dan ilmu bersama dan saya ringkaskan di sini....


Rungutan Jejas Kendiri Positif Anak

Anak adalah amanah Allah SWT...sentiasa berasa bahagia membesarkan anak-anak itulah perasaan semua ibu dan bapa namun perit jerih alam mendidik tidak dinafikan. Hakikatnya ia penuh dengan cabaran bersesuaian dengan label penjaga amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai ibu bapa.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Aku telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian".

Firman Allah SWT ini telah membuktikan kita semua dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian iaitu pada tahap kendiri terbaik seorang manusia yang dipanggil kendiri fitrah. Kendiri ini sangat positif dan hebat. Namun mengapa masih ada manusia atau individu yang berperilaku tidak hebat dan tidak berjaya mengekalkan cara hidup berakhlak sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam?

Ibu bapa perlu menyediakan diri untuk menjadi ejen kepada pengekalan kendiri fitrah anak. Ibu bapa perlu sentiasa mengawal diri untuk berada dalam keadaan yang positif. Ini merangkumi percakapan dan perilaku.

Pertuturan yang positif melambangkan persekitaran yang dibina dalam keluarga. Manakala persekitaran positif yang wujud ini akan membantu mengukuhkan kendiri fitrah yang ada pada diri anak. Jika ibu bapa sentiasa menggunakan perkataan yang positif ketika bertutur minda anak kecil yang mendengar akan membentuk satu persepsi yang positif tentang persekitaran dan berasa selesa. Secara tidak langsung anak-anak akan berasa tidak selesa dengan persekitaran negatif di luar rumah. Hasilnya, persepsi ini membantu anak-anak untuk sentiasa menghampiri tempat atau rakan yang baik dan positif seperti surau, masjid, perpustakaan, majlis ilmu dan bersama keluarga.

Seterusnya pujian dan penghargaan juga akan membentuk kendiri positif anak-anak. Perpepsi yang dibina akan membentuk sistem kepercayaan dan keyakinan dalam hatinya bahawa dia sangat berharga kepada ibu bapa dan keluarga. Apabila anak rasa dihargai mereka akan lebih mudah menuruti kehendak ibu bapa yang positif. Kehidupan mereka akan lebih ceria.

Ibu bapa elakkan rengusan, kata-kata negatif dan rungutan, baik dengan kata-kata atau bahasa tubuh. Kanak-kanak amat sensitif dengan perkara ini. Semua ini menyukarkan pelan pengekalan kendiri fitrah berlaku dalam diri anak. Malah mereka berasa kurang yakin pada diri akibat persepsi negatif yang terprogram dalam minda rentetan daripada respon negatif yang diterima daripada kedua ibu bapa. Anak-anak yang dibina dan dirangsang kendiri fitrah akan menjadi anak-anak yang positif manakala sebaliknya anak-anak yang selalu dihidangkan dengan rungutan dan perkara negatif akan membentuk tingkah laku yang negatif juga..Semoga pengekalan pengukuhan kendiri positif anak-anak kita sentiasa disuburkan agar bila mereka dewasa nanti akan menjadi manusia yang hebat dan positif yang tidak menyalahkan orang lain akibat kelemahan diri sendiri.

Wednesday, January 30, 2013

Apa Yang Sebenarnya Dengan Apa Yang Anda Fikirkan Ianya Tidak Selari

Asalnya kata2 ini saya ambil daripada FB kawan saya Suzana Mohamed Ali isteri pada Nabil Ahmad bkn pelawak tu ye tp Pengacara/Penasyid... "Apa yang saya tulis dengan apa yg anda baca nadanya tidak selari"....saya suka kata-kata tu...

Pernah tak dalam kehidupan seharian anda berlaku perkara begitu? Kadang2 perbuatan kita, kata-kata kita, status FB kita atau apa sahaja yg berkait dengan kita di salah erti oleh orang lain?perkara ini menjadi lebih buruk jika ia diputarbelitkan hingga menjadi umpat dan fitnah.

Contohnya, kita kata sibuk la seminggu dua ni sbb nak setelkan beberapa perkara...tetapi sebaliknya berlaku orang kata eh nak tunjuk rajin le tu padahal tengok tak buat apa pun...contoh je ni..hehhe..ataupun kita cerita  beli iPad untuk anak utk memudahkan pembelajaran awal dan nak share dgn org lain tetapi sebaliknya "nak menunjuk la tu beli iPad pun nak cerita"...contoh jg sbb saya pun tak beli iPad kat anak saya...

Manusia suka menggunakan "Helah Bela Diri"....apa yg disimpulkan pada orang sebenarnya menutup kelemahan diri sendiri...eh dia tu asik baju dan tudung baru je...cukup ke duit bulan2..padahal dlm masa yg sama kita pun rajin buat dan beli baju baru...amboi beg baru lagi...walhal kita pun baru beli kasut berjenama yg baru..Helah Beli Diri sering digunakan tanpa disedari atau sebaliknya...

Insan yg kuat tidak perlukan Helah Bela Diri untuk menutup kelemahan diri semata2 menjatuhkan dan mengaibkan orang lain...salam keamanan...peace...saya budak baru belajar menulis!

Sunday, January 20, 2013

Contoh Ucapan YDP PIBG


UCAPAN YDP PIBG
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberi sepatah dua kata dalam buku program Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Megat Aris bagi tahun 2012. Saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi SK Sungai Megat Aris telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2012.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru-guru yang tidak jemu mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik di antara Ibu Bapa dan semua guru-guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan kepada semua murid-murid di sekolah ini umumnya.

Hari Anugerah Kecemerlangan adalah kayu ukur kepada prestasi pencapaian pelajar. Bagi pelajar yang berjaya meraih anugerah cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi kegagalan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada semua guru-guru dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Para ibu bapa pelajar dan PIBG yang telah menyumbang dan memberi sokongan secara langsung mahu pun secara tidak langsung menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih.
Encik Sulaiman bin Dollah
YDP PIBG SK Sungai Megat Aris

Contoh Ucapan Guru Besar


UCAPAN TUAN GURU BESAR
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah di atas keizinan yang diberikan oleh Allah SWT serta Rahmat dan Kasih Sayang Nya. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program sempena Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 SK Sungai Megat Aris, Tanjong Piandang Perak. Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bertemu dan berkumpul pada hari yang penuh bermakna ini.
Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan agenda tahunan sekolah. Program seumpama ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang Akademik, Sahsiah, dan Kokurikulum sekali gus mengharumkan nama sekolah samada di peringkat Daerah mahupun di peringkat Negeri.
Selaku Guru Besar, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak-anak Tuan-Puan. Oleh itu, teruskanlah kecemerlangan yang dicita-citakan kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Maksudnya, kecemerlangan hendaklah menjadi budaya dan mendarah daging dalam setiap aspek kehidupan dan tidak terhenti setelah kita menamatkan zaman persekolahan sahaja.
Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlulah ada kesepakatan dan kerjasama pelbagai pihak. Di peringkat sekolah, kita telah melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan Piagam Pelanggan Perkhidmatan Pendidikan. Justeru, gandingan mantap daripada Ibu Bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling amat diperlukan supaya matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara akan tercapai.
Akhirnya, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada warga PIBG SK Sungai Megat Aris, semua guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah kerana tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga kita berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Segala jasa dan budi baik Tuan Puan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
Sekian. Saya sudahi dengan lafaz Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Terima kasih.
Encik Md Radzi bin Awang
Guru Besar SK Sungai Megat Aris

Friday, January 18, 2013

Dedikasi Buat Anda Semua


Khas Buat Guru-Guru Panitia Pendidikan Islam & j-QAF
Yang Mewarnakan Sepanjang Kerjaya Saya di SKSMA

2005
Rakan Sekapal Saya
Ustazah Nurul Huda binti Mohamad Zaki
Ustaz Mohd Faizal  bin Idris
Selamat Bertukar Kak Huda
Ustaz Mohamad bin Shafiey Penggantinya
Terima Kasih Semuanya....
Pasti Tidak Sedikit Pahit Manis Bersama...

Senior-senior Yang Banyak Membantu
Ustazah Normala binti Abdul Hamid
Ustazah Azizah binti Ahmad
Ustaz Hasbullah bin Yusop
Ustazah Umi Rafakah binti Mohd Puad
Ustazah Patimatol Zahrah

Terima Kasih Tunjuk Ajar Ku Sifu!

2007
Selamat Datang Adikku
Ustazah Nik Azmira binti Nik Azemi
Terima Kasih Atas Kolaborasi
Menjayakan dan Membangunkan j-QAF di SKSMA
Kita Membina Mahabbah

2008
Selamat Berukhwah
Ustazah Zainurshima binti Zainul Mukhtar
Terima Kasih Atas Segalanya...

2009
Selamat Datang
Ustaz Mohd Azhar bin Ahmad Razali
Terima Kasih Kerana Pernah Mengenali

2010
Kita Sudah Kenal
Ustazah Nurshamilah binti Ahmad Zaki
Ustazah Sakinah binti Yaacob
Terus Membina Persahabatan

2011
Ahlan Wasahlan Adikku
Rafidah binti Said
Minta Maaf Mungkin Kurang Mengenalimu Dengan Dekat
Tika Ini Kakakmu Sibuk Dengan Tesis
Dan Melahirkan..Anak Kedua

2012
Semuanya Bergandingan..........
Kita Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF
Kita Seiring Membawa Misi Yang Satu
Biarlah Anak2 Didik Kita Kenal Allah dan Rasul
Kenal al-Quran dan al-Hadith
Biar Mereka Kekal Dengan Akhlak Islamiyyah
Beratnya Cabaran....Moga Keberhasilan Datang Juga
Walau Bukan Sekarang...

2013
Adik2 Baru
Mohd Anis bin Abdul Rahman
Musfiroh binti Ahmad
Abdul Hadi bin Abdul Rahman (Ganti)
Teruskan Perjuangan Yang Masih Panjang
Walaupun Tidak Lama Masa Kita Bersama
Taaruf Yang Pendek Terus Kekal
Kerana Rentak Kita Rentak Yang Sama

7 + 4 - 1 = Patah Tumbuh Hilang Berganti
Apalah Sangat Insan Yang Bernama....................
Namun Jauh Di Sudut Hati
Walau Tidak Diingati Janganlah Dibenci

SEMOGA UKHWAH INI TERUS BERKEKALAN
SAYA SEPERTI MEMBILANG HARI.....

Insan Lemah
18 Januari 2013
12.40 Tengah Malam

SKSMA

SKSMA Tercinta
Tempat Saya Mencari Rezeki
Mendidik Anak Bangsa
Menabur Budi
Menebar Dakwah
Mengerat Persahabatan
Mengukuh Persaudaraan

SKSMA Tercinta
Mendidik Saya Juga
Mengaut Pengalaman
Memantap Kematangan
Menyimpul Kemesraan
Penuh Ceria Mahupun Duka Dan Kecewa
Disimpul Semua Ibarat Pahit Kopi
Nikmatnya Dicampur Gula

SKSMA Tercinta
2005 Menjadi Guru Dalam Latihan
Masih Berjiwa Muda Keanak-anakan
Kurang Kematangan Kerana Kurang Pengalaman
2006  Penuh Semangat Ditemani Suami Tercinta
2007-2008 Langkah Seperti Biasa
Mencari Redha Allah Atau Manusia?
2009  Kadang2 Tersadung Akar Kekecewaan
Keikhlasan Bagai Tidak Dipandang
Itulah Cabaran...Ku Mencari Kebenaran
Alhamdulillah Mencabar Diri di Uni Perdana
2010 Bahagia Mendidik Anak Bangsa
Saya Telah Menjadi Ibu  Kepada Anda (Murid Ku)
Dan Anak Saya Sarah Nuha

SKSMA Tercinta
2011 Bertambah Ceria...Tiada Lagi Duka Nestapa
Saya Naik Ke Pentas Menerima Sarjana
Semoga Anugerah Ini Manfaat Buat Semua
2011 Juga Syukur Kurniaan Kedua
Terima Kasih Ya Allah Ahmad Naseh Ulwan Namanya
2012 Terasa Anugerah Allah Yang Tidak Ternilai Atas Segalanya
Ketenangan Sentiasa Bersama
Saya Cintakan Kerjaya Ini
Walaupun Terasa Banyak Kelemahan Diri

SKSMA Tercinta
2013...Biarlah Saya Berundur Dengan Tenang
Menyulam Pahit, Manis, Kelat Mahupun Masam
Semuanya Tersimpul Beribu Rasa
Yang Menguatkan Saya Hari Ini
Yang Mematangkan Saya Hari Ini
Yang Mengukuhkan Langkah Saya
Untuk Terus Berbakti Ikhlasnya
Sebagai Sang Guru Biasa
Yang Bercita-cita Menjadi Luar Biasa!

Insan Lemah - 18 Januari 2013
11.56 Malam


Saturday, January 5, 2013

Salam Tahun Baru Masihi 2013

Bismillahirahmanirrahim...sudah masuk hari yg ke 5 bagi tahun baru masihi 2013. Alhamdulillah hampir genap setahun kami sekeluarga berjauhan..walid di Kajang, ummi dengan Kak Yong dan Naseh di Perak rumah opah tokwan...walaupun pada tahun 2006 hingga akhir 2008 dah biasa berjauhan dengan suami tapi amatlah berbeza ketika tiada anak dan bersama anak. Apapun setahun sudah berlalu alhamdulillah dapat dilalui dengan jayanya..ini semua bantuan daripada Allah yg memudahkan segalanya..terima kasih pada insan-insan di sekeliling saya yang banyak membantu. Seperti entri2 saya sebelum ini, saya juga sedang melalui detik-detik "hijrah"...akan berpindah mengikut suami...semuanya masih dalam perancangan..pada awalnya kami menunggu Kuarters Putrajaya tapi nampaknya sangat sukar untuk dapat dalam setahun dua ini...suami ambil keputusan untuk mohon Kuarters Pendidikan Kajang...dah pun dapat aras 4 tanpa lif :)...sekarang dalam proses melengkapkan keperluan asas seperti dapur, mesin basuh, tilam bantal dan peti sejuk. Untungnya perabot seperti meja makan, kusyen, katil, almari, meja tulis dan meja solek telah tersedia. Kami suami isteri mengambil keputusan (jika saya dapat berpindah ke Kajang) kami tidak akan membawa barang-barang daripada "Rumah ku Syurga ku" di Taman Desa Indah..sekadar membawa keperluan sendiri seperti pakaian, peralatan peribadi dll.

Azam 2013? Tahun ini seperti tiada azam khusus melainkan cuba melakukan yang terbaik dalam kerjaya saya sebagai guru j-QAF...kadang2 rasa hilang rentak dan fokus...ya Allah...bukan sebelum ini tidak cuba buat yg terbaik tapi cuba untuk menjadi yang lebih baik...dalam hati seperti "SKSMA kata pergi SK.....di Kajang kata mari"...apa pun saya tidak mahu berpindahnya saya dengan membawa "nama buruk"...sekurang-kurangnya pemergian saya dirasai dan dirindui dan diingati...eheh...sibuk nak orang ingat dia...sebenarnya sukar saya nak gambarkan perasaan saya tika ini (walaupun eg tukar belum isi)....bercampur baur...mengimbau kembali 8 tahun saya di SKSMA sudah pasti pahit, manis, masam dan masin digaul bersama...sayangnya pada SKSMA dan warga di dalamnya...kalian semua inspirasi saya seperti yg selalu saya nyatakan tidak kira samada yang memberi inspirasi mahupun cabaran..adat kehidupan...saya mengharapkan "hijrah" saya nanti membuahkan natijah yang terbaik bukan sahaja pada diri saya sendiri, keluarga tetapi pada dunia pendidikan (kalau statik di tempat lama mungkin kurang berkesan). Rasa bosan situasi2 keanak-anakan dalam dunia pendidikan umpat mengumpat, iri hati, mengampu, buli membuli, tidak ikhlas, talam dua muka, kaki pangkah dan komen dan sebagainya...bukan siapa2 atau di mana-mana tetapi realiti banyak berlaku di mana-mana...bukankah kita guru yang mulia...ikhlas mendidik anak bangsa...menyampaikan dakwah kepada manusia...Saya sangat bersedia dengan hijrah ini........Allahuakbar...

2013 juga merupakan tahun ke 3 Kak Yong...puteri kesayangan saya sudah menginjak usia 2 tahun 8 bulan...saya sedang berusaha memutuskan susu..saat ini Kak Yong masih lagi menyusu badan berkongsi dengan adiknya Naseh..
Titipan buat Kak Yong : Kak Yong...hati ummi sayu hendak memutuskan susu sebab ummi tahu Kak Yong tak mampu lakukan..setiap kali Kak Yong tidak dapat susu ummi pasti kelakuan Kak Yong agak agresif..pukul adik, hambur mainan, buat perkara pelik dan sebagainya...tetapi demi kebaikan Kak Yong ummi akan cuba...ummi harap Kak Yong dapat terima...bukan ummi tak sayang Kak Yong lagi..tapi usia Kak Yong dan status Kak Yong sebagai kakak yg mempunyai adik yang masih menyusu Kak Yong mesti berhenti menyusu ummi..ini untuk kebaikan kita bersama..ya Allah beri kekuatan kepada ku...ya Allah beri kekuatan kepada Kak Yong...

Ya Allah berkati keluarga kami..kurniakan kasih sayang antara kami..murahkan rezeki kami..kurniakan kami anak-anak yg soleh dan solehah..tingkatkan amalan dan ketaqwaan kami..tetapkan hati kami bersama mereka yg berjuang fisabilillah...permudahkan urusan kami...pelihara lidah dan tingkahlaku kami...jadikan kami sebagai insan yg terbaik kepada semua insan dikeliling kami..jangalah Engkau uji kami dengan perkara yang tidak kami mampu ya Allah...jadikan kami Mukmin yang kuat...kurniakan kami ilmu yg mantap dan lidah yang fasih menyampaikan ayat-ayat mu...-aku insan yg lemah, alfaqir alhaqir ilallah

Wednesday, November 21, 2012

Ahmad Naseh Ulwan 1 TAHUN



Assalamualaikum wrt wbt..

Dah lama sangat tak buka dan takde cerita baru di blog ni...nak kata sibuk tak juga tapi biasalah rutin sebagai ummi dan guru padatlah juga...ermmm kebetulan cuti sekolah ni rasa teringin pula nak tulis/taip sesuatu...

Alhamdulillah pada 20 Oktober yg lepas genap setahun umur putera kesayangan yang pertama..Ahmad Naseh Ulwan. 19 Oktober sehari sebelumnya tu hari lahir ummi yg ke 32...tapi ummi tak sambut pun takpe yang penting hari2 bahagia buat anak2 dan insan2 yg tersayang. Bila kenang balik teringat waktu Doktor bagi pilihan tarikh untuk bersalin..sengaja tak ambil tarikh yg sama dengan tarikh lahir ummi...rasa risau waktu tu kalau apa2 terjadi..alhamdulillah umur masih panjang :)..syukur ya Allah.

Waktu post ni ditaip genap umur Naseh 1 tahun 1 bulan..terlalu banyak perkembangan Naseh yg berlaku di depan mata...kesian walid..selalu walid kata yg walid tertinggal perkembangan2 Naseh walaupun hampir tiap2 minggu balik Kajang-Parit Buntar...ketika ini Naseh dah pun ada 4 batang gigi atas (dua baru naik) dan 2 batang gigi bawah..time ni bila senyum memang mahal...dah pandai merajuk kalau ummi layan Kak Yong dulu..suka ketawa..dah meniti dr satu tempat ke satu tempat...makin lasak...dah faham apa yg kita cakap..dan byk lg le perkembangan bayi yg sebaya dengannya...Apa lg kebahagiaan seorang ibu melainka melihat anaknya sihat dan cerdas di depan mata....?

Hari ni juga banyak yg berlaku selain umur Naseh 1 tahun 1 bulan..hari ni juga genap umur Kak Yong 2 tahun 7 bulan dan genap usia perkahwinan 6 tahun 3 bulan..semua tarikh penting jatuh pada 20 hb....hari ni juga walid beritahu yg kami dah dapat Kuarters Guru Kajang..tingkat 4 tuu...:))) hihihi lepas ni boleh kuruslah ummi dgn walid...perancangan seterusnya belum diputuskan lagi..InsyaAllah semoga Allah permudahkan semuanya....

Rasanya setakat ini dulu post kali ini...dah lama tak menaip kat blog rasa tepu pula kepala...jumpa lagi :)..assalamualaikum..

Thursday, June 21, 2012

Kak Yong yg Manis...






Qanaah........Merehatkan Jiwamu....


Berkasut, berselipar dan berkaki ayam

Dalam urusan dunia, jika kita berkasut pandanglah orang yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkaki ayam. Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki. Jika diberi harta yang lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada. Sementara dalam urusan akhirat pula, sentiasalah memandang kepada golongan alim ulama’. Biarlah kita tidak kenal puas berusaha untuk meningkatkan diri agar menjadi lebih baik. Begitu juga dalam perihal menuntut ilmu. Jika kita berkaki ayam, pandanglah orang yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkasut. Menuntut ilmu tidak harus berhenti selagi jasad belum ditelan bumi. Urusan akhirat dan ilmu, semakin diteguk semakin lazat di jiwa.

Menyingkap Hikmah

       Orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri. Kesannya, mereka merintih dan menyesali,membanding sehingga akhirnya merendah diri, bahkan sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki. Orang yang qanaah pula biasanya dianugerahi sifat “arif” iaitu dapat memandang apa yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian, keadaan atau masalah. Mengetahui hikmah bererti mengenali kebijaksanaan Tuhan. Apabila hubungan dengan Allah bertambah kukuh, semakin lazatlah jiwanya. Oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. Solusi bil.32.

Soal Jawab


1)Ali yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan, bagaimanakah status puasa Ali itu?

2)Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?

3)Pada hari ke 3 hari raya korban, Pak Ahmad menyembelih dua ekor lembu diniatkan sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah cucunya yang baru lahir. Beliau juga mengadakan kenduri berkenaan dengan menjadikan daging lembu sembelihan 2 ekor itu sebagai hidangan tetamu. Huraikan hukum bagi persoalan yang dihadapi Pak Ahmad?



Soalan 1
Ali yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan, bagaimanakah status puasa Ali itu?

Jawapan:
            Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Seperti yang diketahui, inhaler ialah alat untuk pesakit asma yang menggunakan gas. Gas ini akan meresap ke dalam tengkorok dan paru-paru. Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh/harus menurut pendapat ulama’, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lain. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum. Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa. Inhaler sifatnya berbeza dengan merokok, di dalam buku al-Fiqh al-Mahanji Jumhur Ulama’ menyatakan batal puasa kerana pada hati mereka yang merokok terdapat kesan daripada rokok. Oleh itu, status puasa Ali ialah tidak batal puasa.

Soalan 2


Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?

Jawapan:
            Ibadah haji dan umrah wajib ke atas orang yang mempunyai 6 syarat dan 2 syarat lagi ditambah bagi perempuan iaitu:

1-Islam, tidak sah jika tidak Islam kerana Islam merupakan salah satu daripada syarat sah ibadah.

2-Berakal,tidak wajib ke atas orang gila disebabkan dia tidak mampu membezakan suruhan dengan tegahan. Tuntutan syara’ tidak berlaku kecuali apabila ada akal.

3-Baligh, tidak wajib ke atas orang yang belum baligh. Ini disebabkan tidak dianggap mukhallaf dan tuntutan syara’ hanya berlaku atas orang yang baligh.

4-Merdeka, tidak wajib ke atas hamba disebabkan dia tidak memiliki sebarang harta. Malah dirinya sendiri dan apa-apa yang diperolehinya ialah milik tuannya.

5-Aman dalam perjalanan, tidak wajib haji dan umrah ke atas orang yang bimbang akan ancaman musuh terhadap dirinya atau hartanya disebabkan ada kemudharatan. Atau takut bahaya peperangan.

6-Berkemampuan, Hadith daripada Umar RA, sabda nabi SAW: “Seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan berkata, wahai Rasulullah! Apakah antara sebab yang mewajibkan haji? Baginda bersanda: Ada bekalan dan kenderaan.”

2 syarat tambahan untuk perempuan ialah:

1-Ada pengiring samada suami atau mahram, samada secara nasab atau bukan nasab.

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan tidak boleh musafir selama dua hari kecuali bersama-sama suami atau mahramnya.” Dalam riwayat yang lain: “Seorang perempuan tidak boleh musafir kecuali bersama-sama mahramnya.” (Riwayat al-Bukhari)


2-Tidak berada dalam iddah samada iddah disebabkan perceraian atau kematian.

Firman Allah SWT: “Serta bertakwalah kepada Allah SWT, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya sehingga selesai iddahnya dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar dari situ, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah al-talaq:1)

Seseorang perempuan tidak boleh menunaikan ibadah haji kecuali dengan keizinan suaminya. Dia tidak harus pergi jika ditegah suaminya. Sekiranya perempuan tersebut meninggal dunia ketika itu sedangkan dia mampu menunaikannya, dia tidak dianggap berdosa. Ibadah hajinya hendaklah diqhada dan perbelanjaannya diambil daripada harta peninggalannya.

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.
Dalam persoalan ini, Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Makcik Zainab tidak boleh menunaikan haji kerana wanita yang berada dalam iddah samada iddah kerana kematian atau perceraian tidak wajib atasnya menunaikan fardhu haji.

Soalan 3


Pada hari ke 3 hari raya korban, Pak Ahmad menyembelih dua ekor lembu diniatkan sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah cucunya yang baru lahir. Beliau juga mengadakan kenduri berkenaan dengan menjadikan daging lembu sembelihan 2 ekor itu sebagai hidangan tetamu. Huraikan hukum bagi persoalan yang dihadapi Pak Ahmad?

Jawapan:
            Korban bermaksud menyembelih binatang tertentu untuk tujuan beribadat manakala aqiqah atas sebab kelahiran bayi. Walaupun maksud dan niat korban dan aqiqah adalah berlainan namun haiwan yang disyaratkan dalam kedua-dua ibadah ini adalah sama. Haiwan-haiwan tersebut ialah kambing, lembu, kerbau, unta. Untuk tujuan Korban boleh bersekutu untuk seekor lembu  kepada tujuh bahagian. Diriwayatkan Ahmad at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas katanya: “Adalah kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu safar, maka datanglah musim korban. Maka kami pun menyembelih seekor sapi untuk tujuh orang, dan seekor unta untuk sepuluh orang.” Begitu juga dengan aqiqah pembahagiannya adalah sama dengan korban. Bahagian aqiqa dibahagikan satu bahagian untuk anak perempuan dan dua bahagian untuk anak lelaki.

Imam Khatib Syarbini menyatakan di dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib, manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan untuk melaksanakannya.
Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi bermaksud: "Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu."

Aqiqah menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut. Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban. Namun, ibadah korban dan aqiqah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya.
Harus seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.

Dalam bab pembahagian daging korban dan aqiqah pula, daging aqiqah sunat disedekahkan sesudah masak atau dijamu seperti kenduri-kenduri yang lain. Ia juga sunat dimasak dengan masakan yang manis supaya akhlak anak tersebut mulia. Manakala daging korban sunat disedekahkan ketika masih mentah. Daging korban terbahagi kepada tiga bahagian kerana tidak semua daging korban diberikan kepada fakir, kecuali korban nazar. Sebahagian untuk kita sendiri, sebahagian untuk dihadiahkan dan sebahagian diberikan kepada fakir miskin. Berkorban harus memakan sedikit dan tidak boleh disedekahkan semuanya.

Bagi persoalan Pak Ahmad beliau boleh/harus menggabungkan korban dan aqiqah dalam seekor lembu yang sama dan diniatkan sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah cucunya yang baru lahir. Beliau juga boleh mengadakan kenduri berkenaan dengan menjadikan daging lembu sembelihan dua ekor itu sebagai hidangan tetamu dan juga mengagihkan kepada fakir miskin daging mentah. Tidak boleh jika semua daging itu dimasak.



Hubungan Syariat, Aqidah dan Ibadah


Apakah yang anda faham tentang syariat? Bincangkan hubungannya dengan aqidah dan ibadah beserta contoh perlaksanaan syariat dalam masyarakat Islam hari ini.

            Selepas merujuk dan membaca beberapa buah buku yang berkaitan, apa yang saya fahani tentang syariat ialah syariat merupakan hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah SWT untuk hamba-hamba Nya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, akhlak, muamalat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan manusia dunia dan akhirat. Hukum-hukum Allah SWT yang disyariatkan kepada hamba nya dinamakan syariat kerana ia diciptakan oleh Allah jelas dan lurus. Ia juga dinamakan ad-din kerana ia mesti dipatuhi dan denganya manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Syariat juga dinamakan al-Millah kerana ia dapat memenuhi semua keperluan manusia. Oleh yang demikian, Syariat Islam merangkumi hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah Nabawiyah dan merupakan wahyu daripada Allah  SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya disampaikan kepada umat manusia.

            Syariat, aqidah dan ibadah saling berhubungan antara satu sama lain. Sebelum membincangkan tentang hubungan tersebut, saya ingin menyatakan apa yang dimaksudkan dengan aqidah dan ibadah. Aqidah menurut para Ulama’ bermaksud ilmu yang wajib dipercayai dan diimani oleh seseorang dengan dalil yang sahih dan meyakinkan. Makna aqidah secara umum adalah, keyakinan kuat yang tidak ada keraguan bagi orang yang meyakininya, baik keyakinan itu haq maupun batil. Aqidah dalam maksud yang khusus bermaksud aqidah Islam, iaitu, pokok-pokok agama dan hukum-hukum yang merupakan keimanan kepada Allah SWT, malaikat-malaikat, kitab-kitab, para nabi, hari akhirat, beriman kepada qada’ dan qadar, serta perkara lainnya yang diberitakan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadith-hadith yang sahih.

            Ibadah pula bermaksud segala bentuk amalan atau perbuatan samada melalui anggota zahir seperti solat, tawaf, dan haji atau melalui lidah seperti berzikir, membaca al-Quran dan melalui hati iaitu ikhlas, khusyuk, tawaduk kepada Allah SWT dengan tujuan pengabdian khusus kepada Allah SWT. Ia juga bermaksud taat dan patuh menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Ibadah bukan sahaja solat dan puasa tetapi meliputi semua segi kehidupan samada ia ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat mahupun ibadah umum seperti bersedekah, bergotong royong,bekerja, membantu orang lain dan sebagainya.

Hubungan syariat dengan aqidah dapat dilihat pada istilah aqidah, jika disebut secara umum (sendirian) membawa maksud hukum-hukum syariat dan keharusan dalam mengamalkannya. Sebagaimana istilah syari’at jika disebut secara umum (sendirian), maka ia bersangkutan perkara-perkara keimanan dan perkara pokok serta hukum-hukum syariat yang pasti, iaitu aqidah.

Firman Allah SWT:“Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu,..” (Asy Syuura/42 :13). Oleh itu dapat difahami, aqidah dan syariat merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Sebagaimana telah diketahui bahawa iman itu meliputi keyakinan dan amalan. Keyakinan inilah yang di sebut sebagai aqidah, dan amalan ini yang disebut syariat. Ini kerana iman itu, jika disebutkan secara mutlak (sendirian) maka ia mencakupi keyakinan dan amalan, sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” ( Al Hujuraat/49 : 15)

Hubungan ibadah dan syariat juga tidak boleh dipisahkan. Ibadah adalah cara merendah diri kepada Allah SWT iaitu ketundukan yang paling tinggi disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi. Sementara syariat sebagai sistem nilai berisi peraturan yang menggambarkan fungsi cara beribadah. Muslim yang baik adalah orang yang selalu beribadah dengan kuat dan mendorongnya untuk melaksanakan syariat yang hanya ditujukan pada Allah SWT sehingga tergambar akhlak yang terpuji pada dirinya. Atas dasar hubungan itu, maka seseorang yang melakukan ibadah, tetapi tidak dilandasi oleh keimanan, maka orang itu termasuk ke dalam kategori kafir. Seseorang yang mengaku beriman, tetapi tidak mahu melaksanakan syariat, maka orang itu disebut fasik. Sedangkan orang yg mengaku beriman dan melaksanakan syariat tetapi dengan landasan ibadah yg tidak lurus disebut munafik. Ibadah dan syariat dalam Al-Quran disebut iman dan amal soleh. Iman menunjukkan makna aqidah, dan amal soleh menunjukkan pengertian syariat. Seseorang yg melakukan perbuatan baik, tetapi tidak dilandasi syariat, maka perbuatannya hanya dikategorikan sebagai perbuatan baik.

Ibadah dan syariat saling kait mengait. Misalnya, ketika Allah SWT menjelaskan tentang solat. Ibadah adalah semua penjelasan apa dan mengapa kita solat. Syariat adalah penjelasan bagaimana pelaksanaannya, syarat-syaratnya, rukun-rukunnya. Aqidah adalah konsep sedangkan syariat adalah hukum dari Allah SWT. Ibadah mendefinisikan hal ehwal atau hakikat segala sesuatu. Konsep itu bersifat mutlak benar kerana berasal dari wahyu Allah SWT. Konsep yang diwahyukan Allah SWT itu menjadi titik referensi manusia dalam melihat, memahami dan meyakini yang lainnya. Berbeza dengan ibadah adalah hukum perbuatan. Sebagai hukum, ia terdiri perintah dan larangan terhadap suatu perbuatan manusia. Dengan kata lain, syariat adalah rambu-rambu yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan dalam menuju misi hidup manusia ibadah.

Contoh perlaksanaan syariat dalam masyarakat Islam hari ini ialah seperti solat fardhu. Masyarakat Islam meyakini bahawa kewajipan solat itu telah difardhukan oleh Allah SWT. Ia wajib dilaksanakan dan menandakan pengabdian diri pada Allah SWT. Meyakini solat juga telah ditetapkan waktu-waktunya, syarat-syaratnya dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya. Contoh kedua perlaksanaan puasa di bulan Ramadhan, Masyarakat Islam meyakini bahawa puasa di bulan Ramadhan itu merupakan Rukun Islam yang wajib dilaksanakan dengan penuh pengabdian kepada Allah SWT dan mengandungi peraturan-peraturan serta hukum-hukum didalamnya. Seterusnya, masyarakat Islam mengakui bahawa arak itu haram dan mereka meninggalkannya tanpa mempersoalkan tindakan tersebut kerana yakin dengan ketetapan pengharaman arak di dalam al-Quran. Masyarakat Islam melaksanakan syariat menutup aurat dengan mengamalkan pemakaian yang menutup aurat dan memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam Islam. Masyarakat Islam juga mengamalkan syariat dalam hal ehwal kekeluargaan dan perkahwinan yang digariskan dalam Islam.

Soal Jawab Fiqh Islami


1)      Semasa bersiap-siap untuk bermusafir, Ali telah mendengar azan zohor dikumandangkan. Adakah beliau boleh mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar?

2)      Huraikan perbezaan antara najis dan hadas dengan menggunakan bahasa sendiri?
Soalan kuiz:
Semasa bersiap-siap untuk bermusafir, Ali telah mendengar azan zohor dikumandangkan. Adakah beliau boleh mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar?

Pertama sekali untuk menjawab persoalan ini saya melihat ia kepada dua jawapan.
1)         Mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar apabila keluar musafir selepas mendengar azan.
2)         Mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar selepas mendengar azan sebelum keluar musafir (bermukim)?

            Jawapannya harus mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar apabila keluar musafir selepas mendengar azan. Ini kerana tidak mendengar azan atau tidak masuk waktu itu bukan syarat yang membolehkan jamak dan qasar.

Syarat qasar ialah: Solat fardhu itu dilakukan ketika musafir, perjalanan melepasi qaryah, tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar, tidak mengikut imam yang bermukim.

Syarat jamak ialah:
Jamak taqdim
a)Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutannya iaitu dimulai dengan solat pertama yang empunya waktu kemudian diikuti solat yang kedua.
b)Berniat menjamakkan solat yang kedua dengan yang pertama. Walaubagaimanapun niat tersebut sunat beserta takbiratul ihram.
c)Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat yang kedua dengan segera sebaik sahaja selesai salam solat yang pertama tanpa dipisahkan dengan berzikir, mengerjakan perkara sunat dan sebagainya.
d)Masih dalam musafir sehingga memulakan solat yang kedua.

Jamak takhir
a)Berniat menjamakkan solat yang pertama dalam waktunya yang asal kepada solat yang kedua. Sekiranya tamat waktu zohor tanpa berniat menjamakkan solat zohor kepada asar maka solat zohor wajib diqada.
b)Masih dalam musafir sehingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.
c)Tertib antara kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana solat yang dikehendaki.
Dalam masalah ini, yang diambil kira ialah waktu solat didirikan bukan waktu keluar daripada qaryah. Hal mendengar azan sebelum musafir tidak termasuk di dalam syarat sah jamak atau qasar dan tidak termasuk dalam perkara yang membatalkannya. Dalilnya maksud Firman Allah SWT: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa memendekkan sembahyang.” (An-Nisak:101)

Persoalan kedua jika jamak dan solat dilakukan di rumah setelah mendengar azan berkumandang iaitu masih bermukim. Jawapannya harus menjamakkan solat tetapi tidak boleh menqasarkannya. boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar atau maghrib dengan isyak takut terlepas waktu isyak. Ini disebabkan jika kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat atau bimbang tidak sempat sampai ke destinasi sehingga habis waktu solat atau kesulitan lain yang sudah diramalkan hingga kita pasti akan tertinggal waktu solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men’qasar’kan solat tersebut kerana belum mula musafir. Niat untuk bermusafir sudah di kira bermusafir. Haram jika dengn sengaja meninggalkan solat jika sudah tahu akan timbul masalah untuk solat di pertengahan jalan. Dalilnya ialah sabda Rasulullah saw :
Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya : Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan 'Asar dan antara Maghrib dan Isya' di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas) ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim)

Soalan kuiz:
Huraikan perbezaan antara najis dan hadas dengan menggunakan bahasa sendiri?

Najis bermaksud benda yang kotor iaitu benda kotor yang menghalang daripada kita melakukan ibadah seperti solat. Dalam bahasa yang mudah ia (najis) tidak sah dibawa dalam solat. Benda-benda yang dikategorikan najis ialah arak dan semua cecair yang memabukkan, anjing dan babi, bangkai kecuali mayat manusia,ikan dan belalang. Seterusnya yang dikatakan najis ialah darah yang cair termasuk nanah, kencing dan najis manusia dan binatang, sebahagian yang terpisah  daripada binatang semasa hidup adalah najis. Susu binatang yang dagingnya tidak halal dimakan juga najis. Najis pula ada yang dilihat dan berjirim, mempunyai sifat zahir seperti warna atau bau. Ini disebut najis aini. Jika najis telah kering dan kesannya telah hilang, dengan kata lain kesan warna atau bau najis tidak ada lagi ia dinamakan najis hukmi. Najis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu najis mughallazzah (berat) meliputi anjing dan babi, kedua najis mukhaffafah (ringan) ialah air kencing kanak-kanak lelaki bawah dua tahhun yang makan dan minum susu ibunya sahaja manakal najis ketiga najis mutawassitah (pertengahan) iaitu selain daripada najis mughallazah dan mukhaffafah.

            Hadas pula bermaksud kejadian yang dianggap wujud pada anggota manusia yang menghalang sah solat (sesuatu yang menega
h daripada sah solat) dan ibadah yang lain yang bersamaan hukumnya selagi tidak diberikan keringanan. Hadas juga dimaksudkan kepada perkara yang membatalkan wuduk dan yang mewajibkan mandi. Hadas terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadas besar dan hadas kecil:

Hadas kecil ialah kejadian yang dianggap wujud pada empat anggota manusia, iaitu muka, dua tangan, kepala dan dua kaki yang menghalang daripada sah solat dan seumpamanya. Hadas ini akan terluput dengan berwuduk dan membolehkan seseorang melakukan solat.
Hadas kecil ada 2 perkara:-
1) Buang air besar
2) Buang air kecil
Seseorang yang berhadas kecil wajiblah beristinjak terlebih dahulu untuk membersihkan najisnya. Untuk mengangkat hadas kecil bagi dua perkara di atas adalah dengan berwuduk.
Hadas besar ialah kejadian yang dianggap wujud pada seluruh badan yang menghalang sah solat dan ibadat-ibadat seumpamanya. Hadas ini akan terluput dengan mandi dan menjadikan seseorang layak untuk melakukan ibadat yang telah dilarang sebelumnya.

Hadas besar ada 6 perkara:-
1) Jimak atau bersetubuh
2) Keluar mani
3) Haid
4) Nifas (darah yang keluar setelah melahirkan anak)
5) Wiladah (melahirkan anak samada basah atau kering)
6) Mati yang bukan syahid

Bersuci bagi keenam-enam perkara di atas adalah dengan mandi hadas atau mandi wajib. Sebelum mandi hadas, seseorang itu dikatakan berada dalam hadas dan tidak boleh melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa, bertawaf, memegang dan membaca al-Quran. 

Monday, June 18, 2012

Hari-hari Yang Berlalu Jun 2012...

Assalamualaikum semua..dah lama sangat tak ada post baru...
terima kasih kepada "silent reader" (ada ka...perasan jap)

Perkembangan terbaru...ape ya....badan agaknya yang semakin mengembang...kihkih...

Anak-anak dan Keluarga

Alhamdulillah my ensem boy Ahmad Naseh Ulwan akan masuk 8 bulan dengan berat 8.1 kg dan Kak Yong Sarah Nuha masuk 2 tahun 2 bulan dgn berat 9 kg.....lepas ni adik lebih besar pada kakak agaknya..budak2 pada tahap umur ni sgt pesat perkembangannya ...Kak Yong pun dah pandai cakap dan sgt byk mulut..mcm walid ke ummi ni????Naseh pula boleh golek2 (orang selatan dan pantai timur faham ke),pusing2,ke depan blkg kiri dan kanan tp belum angkat punggung lg...lambat lg nk merangkak agaknya....melalui pengalaman Sarah dulu, saya perasan yg anak2 saya lambat sikit psikomotor tetapi cepat verbal....alhamdulillah dua2 sihat selepas demam yang berlarutan awal tahun tadi. Satu perkataan Kak Yong yang selalu dia ulang dan akan sambung ayat kita bila kita puji dia "pandai".....sambung Kak Yong...."cerdik, bijak, dan lawaaaaaa". Ape 2 je la Kak Yong..semoga benar2 menjadi anak yang bijak dan solehah. Bila balik dr umah pengasuh masuk bilik opah dan tokwan sibuk ja tanya opah watpa, tokwan buat apa..mana makcu???Semua benda nak buat sendiri dan tak duduk diam...nak makan sendiri,nak pakai kasut sendiri,nak pilih baju sendiri..kanak2 pada tahap ini merasakan mereka mampu buat sendiri w/pun hasil sebaliknya (tumpah air,kasut dan baju terbalik dsb) itulah yang dinamakan perkembangan...perkembangan jika di isi dengan sebaiknya akan membuahkan hasil yg baik..saya juga masih teraba-raba dan tercari-cari masih try and error dalam menjadi ummi sepanjang mendidik anak2..saya yakin setiap ibu bapa mempunyai alasan yang tersendiri pada setiap didikan dan cara yang mereka terapkan pada anak2 mereka...bila pasangan dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza , gandingan itu diharapkan dapat menghasilkan sesuatu  yang lebih pelbagai dan positif...inilah hikmah daripada perkahwinan  berlainan budaya, adat resam, tabiat ,didikan dan persekitaran yang berbeza..negeri je lain (Perak VS Melaka).

Sekolah dan Anak Murid

Cepatnya masa berlalu...sudah bulan Jun 2012...murid-murid pun sudah memasuki 6 bulan kedua. Ikhlas saya cakap kadang2 saya rasa mcm "tak pandai" mengajar bila masuk kelas hujung2 ni...bila tengok penerimaan murid rasa "down" dan sedikit putus asa...saya sll mengharapkan tidak ada marah, tengking, bebel, pukul, cubit di dalam kelas..tambah2 ini matapelajaran al-Quran dan Pendidikan Islam tetapi apa yang berlaku sebaliknya...Hari ni pagi2 lepas perhimpunan saya masuk kelas 4J..kelas akhir di antara 3 kelas tahun 4. Matapelajaran al-Quran...murid sangat tidak bermotivasi..menguap,mendengus,mengeluh, berbual dengan rakan sebelah dan tidak memberi perhatian...apabila membaca al-Quran beberapa orang sahaja yang mengikut....mula la berkira-kira dalam hati...saya cuba mempraktikkan cara pujian...huh lagi puji lagi melampau...habis la semua teori ngan hampa tak jalan..teori marah dan mengamuk jg agak menjadi...suara tidak sedap agaknya sbb tu murid tidak berminat..ya Allah siapalah aku untuk mempertikaikan kurniaanMu....guna kekerasan "siapa yang tak buka mulut utk mengaji nanti keluar api kat mulut dia..api nereka sbb tak mahu belajar!!!!"...kuat sekejap suara mereka mengikut bacaan lepas tu tenggelam balik...bila bagi latihan kat papan putih selagi tak ulang 100x takde siapa pun yang buka buku..ya Allah berilah ku kekuatan, kurniakan aku lidah yang fasih, suara yang menyenangkan dan Kau bukalah pintu hati anak-anak murid ku supaya mereka suka belajar dan menuntut ilmu....

Rakan Sejawat yg Bertukar

Minggu ini seorang guru j-QAF Ustaz Muhammad b.Shafiey sudah tidak bertugas di SKSMA lagi..beliau dapat bertukar balik ke Negeri Kelantan...Secara peribadi pertukaran beliau sedikit sebanyak terasa juga...sebab...saya dengan beliau "sekapal" kata orang..kami satu bacth..bacth j-QAF pertama 2005..bacth yang pertama di SKSMA....pahit manis,jatuh bangun, hitam putih sepanjang 2005-2012...sedikit sebanyak ada perkara yang "dipelajari" bersama beliau...dedikasi buat Us Mad selamat bertugas di sekolah baru..salam Transformasi!

Saya juga berkira2 untuk bertukar di tempat baru sedikit masa lagi...Putrajaya...masanya akan tiba juga tetapi bila/bagaimana semuanya dalam ketentuan Allah...saya mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga....banyak yang difikirkan dan masih panjang cita-cita..........rasa sayang pulak pada SKSMA...setelah lama dan serasi untuk memulakan yang baru sedikit gementar...tetapi jika tidak memulakan sekarang bila lagi.....semoga mendapat petunjuk....Akhir sekali terima kasih semua...insan-insan di sekeliling saya..yang mematangkan saya tidak kira yang memberi cabaran atau kekuatan semuanya penyumbang pada kebaikan (suka sangat buat ayat macam bagi ucapan..hihihi)...saya cuba ambilnya secara positif...wallahua'lam...