Assalamualaikum semua..dah lama sangat tak ada post baru...
terima kasih kepada "silent reader" (ada ka...perasan jap)
Perkembangan terbaru...ape ya....badan agaknya yang semakin mengembang...kihkih...
Anak-anak dan Keluarga
Alhamdulillah my ensem boy Ahmad Naseh Ulwan akan masuk 8 bulan dengan berat 8.1 kg dan Kak Yong Sarah Nuha masuk 2 tahun 2 bulan dgn berat 9 kg.....lepas ni adik lebih besar pada kakak agaknya..budak2 pada tahap umur ni sgt pesat perkembangannya ...Kak Yong pun dah pandai cakap dan sgt byk mulut..mcm walid ke ummi ni????Naseh pula boleh golek2 (orang selatan dan pantai timur faham ke),pusing2,ke depan blkg kiri dan kanan tp belum angkat punggung lg...lambat lg nk merangkak agaknya....melalui pengalaman Sarah dulu, saya perasan yg anak2 saya lambat sikit psikomotor tetapi cepat verbal....alhamdulillah dua2 sihat selepas demam yang berlarutan awal tahun tadi. Satu perkataan Kak Yong yang selalu dia ulang dan akan sambung ayat kita bila kita puji dia "pandai".....sambung Kak Yong...."cerdik, bijak, dan lawaaaaaa". Ape 2 je la Kak Yong..semoga benar2 menjadi anak yang bijak dan solehah. Bila balik dr umah pengasuh masuk bilik opah dan tokwan sibuk ja tanya opah watpa, tokwan buat apa..mana makcu???Semua benda nak buat sendiri dan tak duduk diam...nak makan sendiri,nak pakai kasut sendiri,nak pilih baju sendiri..kanak2 pada tahap ini merasakan mereka mampu buat sendiri w/pun hasil sebaliknya (tumpah air,kasut dan baju terbalik dsb) itulah yang dinamakan perkembangan...perkembangan jika di isi dengan sebaiknya akan membuahkan hasil yg baik..saya juga masih teraba-raba dan tercari-cari masih try and error dalam menjadi ummi sepanjang mendidik anak2..saya yakin setiap ibu bapa mempunyai alasan yang tersendiri pada setiap didikan dan cara yang mereka terapkan pada anak2 mereka...bila pasangan dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza , gandingan itu diharapkan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih pelbagai dan positif...inilah hikmah daripada perkahwinan berlainan budaya, adat resam, tabiat ,didikan dan persekitaran yang berbeza..negeri je lain (Perak VS Melaka).
Sekolah dan Anak Murid
Cepatnya masa berlalu...sudah bulan Jun 2012...murid-murid pun sudah memasuki 6 bulan kedua. Ikhlas saya cakap kadang2 saya rasa mcm "tak pandai" mengajar bila masuk kelas hujung2 ni...bila tengok penerimaan murid rasa "down" dan sedikit putus asa...saya sll mengharapkan tidak ada marah, tengking, bebel, pukul, cubit di dalam kelas..tambah2 ini matapelajaran al-Quran dan Pendidikan Islam tetapi apa yang berlaku sebaliknya...Hari ni pagi2 lepas perhimpunan saya masuk kelas 4J..kelas akhir di antara 3 kelas tahun 4. Matapelajaran al-Quran...murid sangat tidak bermotivasi..menguap,mendengus,mengeluh, berbual dengan rakan sebelah dan tidak memberi perhatian...apabila membaca al-Quran beberapa orang sahaja yang mengikut....mula la berkira-kira dalam hati...saya cuba mempraktikkan cara pujian...huh lagi puji lagi melampau...habis la semua teori ngan hampa tak jalan..teori marah dan mengamuk jg agak menjadi...suara tidak sedap agaknya sbb tu murid tidak berminat..ya Allah siapalah aku untuk mempertikaikan kurniaanMu....guna kekerasan "siapa yang tak buka mulut utk mengaji nanti keluar api kat mulut dia..api nereka sbb tak mahu belajar!!!!"...kuat sekejap suara mereka mengikut bacaan lepas tu tenggelam balik...bila bagi latihan kat papan putih selagi tak ulang 100x takde siapa pun yang buka buku..ya Allah berilah ku kekuatan, kurniakan aku lidah yang fasih, suara yang menyenangkan dan Kau bukalah pintu hati anak-anak murid ku supaya mereka suka belajar dan menuntut ilmu....
Rakan Sejawat yg Bertukar
Minggu ini seorang guru j-QAF Ustaz Muhammad b.Shafiey sudah tidak bertugas di SKSMA lagi..beliau dapat bertukar balik ke Negeri Kelantan...Secara peribadi pertukaran beliau sedikit sebanyak terasa juga...sebab...saya dengan beliau "sekapal" kata orang..kami satu bacth..bacth j-QAF pertama 2005..bacth yang pertama di SKSMA....pahit manis,jatuh bangun, hitam putih sepanjang 2005-2012...sedikit sebanyak ada perkara yang "dipelajari" bersama beliau...dedikasi buat Us Mad selamat bertugas di sekolah baru..salam Transformasi!
Saya juga berkira2 untuk bertukar di tempat baru sedikit masa lagi...Putrajaya...masanya akan tiba juga tetapi bila/bagaimana semuanya dalam ketentuan Allah...saya mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga....banyak yang difikirkan dan masih panjang cita-cita..........rasa sayang pulak pada SKSMA...setelah lama dan serasi untuk memulakan yang baru sedikit gementar...tetapi jika tidak memulakan sekarang bila lagi.....semoga mendapat petunjuk....Akhir sekali terima kasih semua...insan-insan di sekeliling saya..yang mematangkan saya tidak kira yang memberi cabaran atau kekuatan semuanya penyumbang pada kebaikan (suka sangat buat ayat macam bagi ucapan..hihihi)...saya cuba ambilnya secara positif...wallahua'lam...
Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Sayalah Sarah Nuha!
Monday, June 18, 2012
Monday, February 13, 2012
Aktiviti Sarah...
Masuk hari ni bermakna masuk minggu ke 3 saya menguruskan My Puteri dan My Ensem Boy sorang diri...Tak banyak beza walaupun kadang2 terasa nak terbang bawa dua2 pergi dekat walid.Sebelum ni aktiviti petang sarah adalah naik moto dengan walid tengok lembu,ayam kambing kat sekitar kampung...bila walid dah takde saya pulak amek alih bawa sarah naik "motor" dia yg warna pink tu..saya tolak dia sambil tunjukkan apa2 yg patut..sarah memang kuat bersembang...singgah rumah jiran yg ada banyak kucing memang dia best sgt!
Bila tengok avanza warna hijau sarah kata "ayid".."ayid"...bila avanza tu dah berlalu dia kata "mana ayid"...bila tengok baju ayid dia kata ni baju ayid..kain ayid...dengar bunyi keta sarah kata "ayid dah mai"....hihihi...tapi sarah ni dia banyak benda yg dia nak main,ada je hal dia jadi dia mcm terlupa yg ayid takde...macammana kalau ayid benar2 "takde".....???
Abang memang tiap2 hari kol...ceria je suara...saya doakan abang terus cemerlang...dari cerita abang dia memang ceria dan gembira dgn keja baru....tapi masa mengajar dulu pun dia gembira jugak..hehhehe....semuanya okey je....sekarang dah jam 12.32 tgh malam...sarah dgn naseh baru sudah bangun menyusu round yg pertama....byk lagi keja nak buat...hmmmm.....
Bila tengok avanza warna hijau sarah kata "ayid".."ayid"...bila avanza tu dah berlalu dia kata "mana ayid"...bila tengok baju ayid dia kata ni baju ayid..kain ayid...dengar bunyi keta sarah kata "ayid dah mai"....hihihi...tapi sarah ni dia banyak benda yg dia nak main,ada je hal dia jadi dia mcm terlupa yg ayid takde...macammana kalau ayid benar2 "takde".....???
Abang memang tiap2 hari kol...ceria je suara...saya doakan abang terus cemerlang...dari cerita abang dia memang ceria dan gembira dgn keja baru....tapi masa mengajar dulu pun dia gembira jugak..hehhehe....semuanya okey je....sekarang dah jam 12.32 tgh malam...sarah dgn naseh baru sudah bangun menyusu round yg pertama....byk lagi keja nak buat...hmmmm.....
Friday, February 10, 2012
Cara Jauhi Gosip:Theresa Ong,Berjaya Dalam Kerjaya, keluaran alaf 21
Dah lama takde entri baru...baru2 ni saja belek2 buku Theresa Ong tajuk Berjaya Dalam Kerjaya..tajuk2/bab2 nya sgt menarik..dan nak share 1 tajuk iaitu cara jauhi gosip...gosip atau umpat dan fitnah sudah jd barah dalam kehidupan seharian kita..ia sudah seperti biasa malah "perlu" pula untuk menjaga kepentingan diri sendiri...ia bukan perkara baru tetapi telah banyak diceritakan dalam al-Quran..malah dalam surah an-Nur ayat 19 Saidatina Aisyah sendiri telah difitnah...untuk peringatan diri saya juga..sama-sama kita cuba jaga diri kita drpd gejala ini seterusnya zero terus....
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"
Lalu jawab Baginda,
"Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"
Kemudian Baginda ditanya lagi,
"Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?"
jawab Baginda,
"Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Mengapa dua perbuatan itu mudah berlaku dalam kalangan umat manusia? Sebenarnya selain kerana hasad dengki, manusia terbabit tidak memiliki Iman dalam jiwa mereka.Fitnah lebih dasyat daripada membunuh...
Sentiasalah berdoa supaya Allah mengurniakan kita sifat Tawadduk..dijauhi daripada hasad mahupun riyak..siapalah kita jika tidak semuanya milik Allah...
Beberapa tips menjauhi perkara ini:
1-Berhenti bergosip,Motivasi diri supaya tidak terjebak dalam perkara ini.Fikirkan pandangan orang lain terhadap anda apabila anda menggosipkan seseorang.
2-Jauhi kumpulan-kumpulan yang sedang bergosip.
3-Anda patut bermuhasabah setiap kali mendengar cerita tentang seseorang atau tentang diri anda sendiri dengan bertanyakan diri sendiri:
Adakah cerita itu tepat?
Adakah anda suka bermusuh?
Adakah anda mempunyai musuh?
Apakah faedah cerita tersebut kepada anda?
4-Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang.Jangan ceritakan masalah peribadi kepada seseorang kecuali anda benar2 mengenalinya dan yakin akan kejujurannya.
5-Jika anda sering menghabiskan sebahagian waktu kerja dengan bergosip menerusi pelbagai saluran berazam untuk meninggalkan perkara tersebut.
6-Jika anda terperangkap dalam suasana gosip, cuba elakkannya dengan mengubah topik perbualan.
7-Jangan terlepas cakap.Cakap malam dengar-dengar,cakap siang pandang-pandang.
8-Berfikir dahulu sebelum bercakap.Fikirkan kesan buruk yang bakal diterima jika anda bercakap tentang sesuatu.
9-Jangan cepat membuat penilaian terhadap orang lain tanpa maklumat yang mencukupi atau bukti yang kukuh apatah lagi ia keluar daripada mulut orang yang tidak menyukai individu tersebut.
10-Jangan takut berdepan dengan orang yang suka bergosip tentang diri anda.
11-Jika anda mendengar cerita yang meragukan jangan sebarkannya tetapi minta penjelasan daripada orang yang membawanya.
12-Jangan menokok tambah cerita yang negatif. Sentiasa berfkiran terbuka.
Wednesday, February 1, 2012
Baik dibalas baik...tp lbh baik dituju batu yg gugur ialah buah yg manis
Tajuk entri tidak sesuai dengan gambar yang dipaparkan...eheh...hari ni walid msg.."abang kuar keja 6.30 balik 5.30..jammed..sampai rumah 7.00 malam"...cabaran baru...ada berani???Saya jawab...sabar..faiza azamta fatawakkal alallah...tapi bila bual dalam telefon malam ni.."walid kata..alhamdulillah seronok..."...baru hari pertama...semoga terus cemerlang.........saya pulak hari ni sekolah ada pemantauan..2 orang drp JPN..alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana saya POSITIF!Mendapat imput yang berguna dan suntikan semangat serta motivasi yg tinggi seperti yang diceritakan......
Petangnya saya ke Selama Perak..umah Paklang (abang ipar ayah saya)..ada sesuatu yang saya nak ceritakan tentang Paklang dan Maklang (maklang baru)...tapi dah lewat ni..nak siap2 persiapan utk sekolah esok...pesanan penaja..sentiasa berdiri atas kaki sendiri dan yakin diri sendiri krn tidak semua yang menyenangi diri kita....
Tuesday, January 31, 2012
Titipan doa dan harapan buat Walid tersayang..
Bilik kami tiga beranak di rumah Opah dan Tokwan yg baru siap...di sinilah tempat tinggal baru Sarah.Sarah,Baby Naseh dan Ummi "pindah" duduk dengan Opah dan Tokwan.
Sarah picit losyen habis sebotol tumpah atas lantai dan tikar.Bila Ummi marah Sarah buat muka "nakal"..betul2 menguji kesabaran Ummi...hihihi...macamana ni Walid dah takde...
Sapu sikit losyen kat kipas ye........ngeeeeeeeeeeeeeeeee.....sabo..sabo..sabo...
Doa,Solat hajat dan yasin mengiringi "hijrah" kami sekeluarga....pesanan ayahanda buat menantunya..keja rajin-rajin dan penuh dedikasi...eceh..ayah cakap mcm tu ke...lbh kurang mcm tu lah maksudnya..
Setelah "mengkhatamkan" buku Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal...saya rasa mmg ketinggalan w/pun saya tahu kewujudan buku tersebut sejak 2008 lagi...saya jg meminati tulisan beliau tapi cuma mengikutinya dalam blog beliau dan isteri tapi belum lagi memiliki buku-buku beliau..sama jg seperti saya meminati tulisan Dr.HM Tuah dan Ustaz Mohd Pahrol Juoi dan saya telah memiliki kesemua/kebanyakan buku mereka...bila baca buku tersebut baru saya tahu buku tu mengisahkan pengalaman dan kisah/catatan ustaz Hasrizal sekeluarga..mcm diari.. tapi digarap penuh ilmiah..bahasa yg mudah difahami,santai dan menenangkan...baca rasa nak je cepat habis...tapi bila bab nak akhir2 tu agak terganggu sikit bila masuk bab remaja kurang adab dalam Di mana damai desa dan pasal "perogol bersiri"...saya suka cara didikan ibu ayah Ustaz Hasrizal seperti yg digambarkan...sgt seimbang...ibu yg pengasih dan pemaaf dan ayah yg tegas...saya jg sebelum ni ada menulis catatan pengalaman sendiri dan teringin tulis format yg begitu jg la...tapi bukanlah nak dicetak cuma sebagai catatan dan simpanan peribadi..tapi tak kemana sikit je dan terus berhenti menulis...sebab saya mmg malas tulis tangan...rasanya kalau cetak pun memang takde orang beli...hehhehe...siapalah saya lainlah org yg mempunyai latar belakang pengalaman, kejayaan,dakwah dan perjuangan mmg sgt sesuai dijadikan contoh dan diambil iktibar.Saya suka falsafah,prinsip dan pendirian di dalam buku tersebut.Okeylah itu je la yg saya nak komen...satu lagi buku tu jg banyak elemen psikologi...kalau nak cuba baca mmg baguslah!(rasa teringin nak baca kalau penulis ada menambah pengalaman2 barunya bila dah ada anak 4 pulak)....:)))
"Hijrah" kami sekeluarga...
Walid dah pun berada di Kajang saat ini...menumpang sementara di rumah Ayahsu, suami adik saya yg menjadi warden di sekolahnya.Saya,sarah dan naseh pula "berpindah" ke rumah opah dan tokwan.Kami cuma bawa kain baju..sebenarnya tak banyak yang berubah melainkan kerinduan pada walid dan kami akan balik ke rumah bila walid pulang ke kampung...nak biasakan keadaan yg baru ni mengambil masa sedikit w/pun sebelum ni memang tiap2 hari malah sehari 2/3 kali datang ke rumah Opah /Tokwan...
Saya sentiasa berdoa agar hijrah kami sekeluarga ini membawa rahmat dan diberkati yang Maha Esa.Nampak macam kecil kan,tapi tidak bagi saya dan suami untuk membuat keputusan ini walaupun pertukaran suami adalah atas nama "arahan pertukaran".Bermula PJJ kami buat kali kedua.Dulu belum ada anak berulang alik Perak-Melaka..sesak dada..naik bas KKKL...bila sampai hentian Slim River rimasnya sebab ramai muka2 luar bukan orang Malaysia!dalam hati berkata "sungguh taknak dah berjauhan lagi..serik!" tapi siapa yg boleh menolak takdir dan putaran alam..Allah pilih kami untuk berhijrah dan berjauhan pada tahun 2012 ini sekali lagi.Syukur..pasti ada hikmahnya...adakah ujian,cabaran atau rezeki anak baru????
Untuk permulaan ini semuanya okey dan berjalan lancar..sarah dan naseh pun baik2 ja...saya pun dah takde idea nak taip...adakah idea makin kurang bila sumber inspirasi telah jauh di sisi :)))?Ummi,Sarah dan Naseh sentiasa doakan walid...semoga ceria dengan tempat kerja baru..bekerja kerana Allah dengan penuh dedikasi..Allah ilhamkan pada fikiran manusia untuk memilih walid memegang tempat tersebut kerana walid mampu..mana mungkin kita memilih dan mencadang orang yang tidak mampu meskipun dia anak beranak atau saudara mara kita sekali pun!Allah pilih untuk memegang tanggungjawab tersebut kerana kami tahu walid mampu dan mampu pergi lebih jauh...usahakan yang terbaik demi agama,bangsa dan negara...:)))...kami sentiasa menyokong walid di belakang...jangan bimbangkan kami di sini..teruskan cita-cita walid...dan kami juga menyokong walid mendaftar semula sebagai pelajar juga sedikit masa nanti...walid boleh!!!! (kalau Naseh dah besar tentu Naseh kata Walid superhero acheh..hihihi).
"Hijrah" kami sekeluarga...
Walid dah pun berada di Kajang saat ini...menumpang sementara di rumah Ayahsu, suami adik saya yg menjadi warden di sekolahnya.Saya,sarah dan naseh pula "berpindah" ke rumah opah dan tokwan.Kami cuma bawa kain baju..sebenarnya tak banyak yang berubah melainkan kerinduan pada walid dan kami akan balik ke rumah bila walid pulang ke kampung...nak biasakan keadaan yg baru ni mengambil masa sedikit w/pun sebelum ni memang tiap2 hari malah sehari 2/3 kali datang ke rumah Opah /Tokwan...
Saya sentiasa berdoa agar hijrah kami sekeluarga ini membawa rahmat dan diberkati yang Maha Esa.Nampak macam kecil kan,tapi tidak bagi saya dan suami untuk membuat keputusan ini walaupun pertukaran suami adalah atas nama "arahan pertukaran".Bermula PJJ kami buat kali kedua.Dulu belum ada anak berulang alik Perak-Melaka..sesak dada..naik bas KKKL...bila sampai hentian Slim River rimasnya sebab ramai muka2 luar bukan orang Malaysia!dalam hati berkata "sungguh taknak dah berjauhan lagi..serik!" tapi siapa yg boleh menolak takdir dan putaran alam..Allah pilih kami untuk berhijrah dan berjauhan pada tahun 2012 ini sekali lagi.Syukur..pasti ada hikmahnya...adakah ujian,cabaran atau rezeki anak baru????
Untuk permulaan ini semuanya okey dan berjalan lancar..sarah dan naseh pun baik2 ja...saya pun dah takde idea nak taip...adakah idea makin kurang bila sumber inspirasi telah jauh di sisi :)))?Ummi,Sarah dan Naseh sentiasa doakan walid...semoga ceria dengan tempat kerja baru..bekerja kerana Allah dengan penuh dedikasi..Allah ilhamkan pada fikiran manusia untuk memilih walid memegang tempat tersebut kerana walid mampu..mana mungkin kita memilih dan mencadang orang yang tidak mampu meskipun dia anak beranak atau saudara mara kita sekali pun!Allah pilih untuk memegang tanggungjawab tersebut kerana kami tahu walid mampu dan mampu pergi lebih jauh...usahakan yang terbaik demi agama,bangsa dan negara...:)))...kami sentiasa menyokong walid di belakang...jangan bimbangkan kami di sini..teruskan cita-cita walid...dan kami juga menyokong walid mendaftar semula sebagai pelajar juga sedikit masa nanti...walid boleh!!!! (kalau Naseh dah besar tentu Naseh kata Walid superhero acheh..hihihi).
Friday, January 27, 2012
Yakin setiap perancangan Allah buat kita..
Alhamdulillah...Amin ya Rabb...sekadar mengimbau tarikh 2 Oktober 2011 yang lalu..tidak terjangkau oleh fikiran saya akan berkonvo untuk kali yg ke 3 selepas konvo UM pada 2004 dan konvo KPLI IPG Ipoh pada 2006.Bukan "konvo" atau "anugerah" yg saya nak katakan atau canangkan tetapi sekadar menyatakan kesyukuran bahawa setiap perancangan Allah buat kita tidak terjangkau oleh fikiran kita yg terhad.Allah aturkan hidup kita sebaik-baik perancangan Nya...semuanya bukan sahaja berbentuk nikmat,rahmat,kasih sayang bahkan UJIAN buat kita semua...soal lah diri kita adakah kita telah menjadi manusia yang benar-benar bersyukur???atau kita terus lena dibuai kenikmatan dunia yang sementara....
Ketika kali pertama naik ke pentas konvo masih bergelar anak dara..tiada perasaan...tp tetap gembira..kali kedua pula ketika baru 3 bulan bergelar isteri tetap biasa perasaannya...tapi berdebar kerana disaksikan suami tercinta...namun untuk kali ketiga, ketika melangkah masuk semasa perarakan graduan ke dalam dewan saya sedikit sebak dan terharu...berkaca anak mata...mengenangkan diri yg sedang"sarat" 9 bulan dan mengenangkan "pengorbanan"anakanda Sarah yang saya lahirkan semasa semester 4...
terlalu awal rasanya untuk Sarah bergelar kakak ketika usianya baru 1 tahun 6 bulan...
Terima kasih kepada semua..ahli keluarga yang menjadi tunjang kekuatan saya....ibu ayah saya yang tetap memberi sokongan hingga saat itu...ayah datang juga meraikan hari bersejarah tersebut walaupun dirinya yg semakin uzur...terima kasih suami yg banyak berkorban sehingga saya dapat menyelesaikan semuanya dan dapat naik ke pentas konvo untuk kali ke 3.
Bukan "penghargaan" atau "sijil" yang menjadi sandaran..tapi hanya Ilmu,Iman dan Amal yg menjadi bekalan...rasa "kerdil" diri ini setelah Allah lorongkan jalan untuk saya mencuba ilmu baru ini...terasa "tiada" apa2 pun diri saya melainkan semuanya adalah pinjaman semata-mata..janganlah diriku diuji dengan perkara yang tidak mampu..sebagai penghargaan untuk diri sendiri jadikan semua pencapaian kita sebagai medium untuk lebih mendekatkan diri pada Nya.Yakinlah...setiap cita-cita bermula dengan angan2 dan harapan...tapi semuanya tetap dalam perancangan yang Maha Esa jua!
Thursday, January 26, 2012
Syahdu rasa...menghitung hari...
Baru sekejap tadi saya tidokan sang puteri saya...my ensem boy dah lama tido dengan nyenyaknya...sambil mandi pun tido..:)))...macam biasa bila nak tido sarah dalam dakapan saya...bila dah puas menyusu dia akan tertido sendiri...tapi malam ni syahdu pulak rasa...dalam mamai2 tu sebelum melelapkan mata dia kata "mana ayid?" (walid)..dia ulang lagi.."ayid".."ayid"...saya jawab "walid kat bawah buat keja"....nak "ayid"..."ayid buat keja kat bawah sayang"....dengan matanya yang terkebil2...pastu dia sempat tengok Naseh kat sebelah dan kata "baby"..."baby"....ish...syahdu pulak sarah ni.........
Kami sekeluarga sedang menghitung hari...bukan menghitung hari untuk apa..tapi menghitung hari "berpindah" walid ke "ibu kota" nanti...dalam hati saya berkata...macammana bila walid dah betul2 pegi nanti..demam ke sarah?rindu ke sarah pada walid nya?mcmana keadaan saya nak handle sarah bila dia tanyakan walidnya?tak dapat saya nak bayang...dua tiga hari ni saya selalu ingatkan diri saya...sedar tak...abang bukan nak pegi kursus 2 hari,3 hari atau seminggu..tapi abang akan berpindah tempat kerja...walaupun kami akan menyusul kemudian tapi belum tahu..setahun,2 tahun atau bila....nampak macam kecil kan..tapi besar bagi saya dan bagi kami sekeluarga..."hijrah"...memang memerlukan pengorbanan yang besar..saya mesti kuat...dan kuat untuk menjaga Naseh dan Sarah...
Dalam hati selalu berbisik..semoga sarah cepat "matang"...kurangkan manjanya...kalau berterusan begitu memang sukar nak "handle" kedua-duanya...sebelum ni bila Naseh menangis, walid jaga sarah..sorang satu..kalau dua-dua menangis macamana???Kadang2 setiap "persoalan" dalam minda saya selalu Allah "jawab"..alhamdulillah....hari ni sedikit terkesan dengan kata-kata seorang kawan...waktu budak2 kecik ni mmg rasa "sukar" sikit...tapi tak lama nak jaga...sampai umur 12 tahun je...nanti umur 12 tahun dah masuk asrama..waktu tu kita pulak rindu nak layan mereka....masa yg berlalu sekejap je sebenarnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)





