Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Thursday, June 21, 2012
Qanaah........Merehatkan Jiwamu....
Berkasut, berselipar dan berkaki ayam
Dalam urusan dunia, jika kita berkasut pandanglah orang yang berselipar.
Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkaki ayam. Ia akan menjadikan
kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki. Jika diberi harta yang
lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka
meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup
dengan apa yang kita ada. Sementara dalam urusan akhirat pula, sentiasalah
memandang kepada golongan alim ulama’. Biarlah kita tidak kenal puas berusaha
untuk meningkatkan diri agar menjadi lebih baik. Begitu juga dalam perihal
menuntut ilmu. Jika kita berkaki ayam, pandanglah orang yang berselipar. Jika
kita berselipar, pandanglah orang yang berkasut. Menuntut ilmu tidak harus
berhenti selagi jasad belum ditelan bumi. Urusan akhirat dan ilmu, semakin
diteguk semakin lazat di jiwa.
Menyingkap Hikmah
Orang yang
tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri.
Kesannya, mereka merintih dan menyesali,membanding sehingga akhirnya merendah
diri, bahkan sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki. Orang
yang qanaah pula biasanya dianugerahi sifat “arif” iaitu dapat memandang apa
yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian, keadaan atau masalah. Mengetahui
hikmah bererti mengenali kebijaksanaan Tuhan. Apabila hubungan dengan Allah bertambah
kukuh, semakin lazatlah jiwanya. Oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. Solusi
bil.32.
Soal Jawab
1)Ali
yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan,
bagaimanakah status puasa Ali itu?
2)Makcik
Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum
melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh
melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?
3)Pada
hari ke 3 hari raya korban, Pak Ahmad menyembelih dua ekor lembu diniatkan
sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah
cucunya yang baru lahir. Beliau juga mengadakan kenduri berkenaan dengan
menjadikan daging lembu sembelihan 2 ekor itu sebagai hidangan tetamu. Huraikan
hukum bagi persoalan yang dihadapi Pak Ahmad?
Soalan 1
Ali yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan, bagaimanakah status puasa Ali itu?
Ali yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan, bagaimanakah status puasa Ali itu?
Jawapan:
Antara perkara yang membatalkan
puasa ialah memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.
Seperti yang diketahui, inhaler ialah alat untuk pesakit asma yang menggunakan gas. Gas ini akan meresap
ke dalam tengkorok dan paru-paru. Menggunakan inhaler bagi yang
berpuasa hukumnya boleh/harus menurut pendapat ulama’, sama ada ianya puasa Ramadhan
ataupun yang lain. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya
berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan
bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum. Sebagaimana
diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang
menunjukkan rosaknya puasa. Inhaler sifatnya berbeza dengan merokok, di dalam
buku al-Fiqh al-Mahanji Jumhur Ulama’ menyatakan batal puasa kerana pada hati
mereka yang merokok terdapat kesan daripada rokok. Oleh itu, status puasa Ali
ialah tidak batal puasa.
Soalan 2
Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?

Ibadah haji dan umrah wajib ke atas orang
yang mempunyai 6 syarat dan 2 syarat lagi ditambah bagi perempuan iaitu:
1-Islam,
tidak sah jika tidak Islam kerana Islam merupakan salah satu daripada syarat
sah ibadah.
2-Berakal,tidak
wajib ke atas orang gila disebabkan dia tidak mampu membezakan suruhan dengan
tegahan. Tuntutan syara’ tidak berlaku kecuali apabila ada akal.
3-Baligh,
tidak wajib ke atas orang yang belum baligh. Ini disebabkan tidak dianggap
mukhallaf dan tuntutan syara’ hanya berlaku atas orang yang baligh.
4-Merdeka,
tidak wajib ke atas hamba disebabkan dia tidak memiliki sebarang harta. Malah
dirinya sendiri dan apa-apa yang diperolehinya ialah milik tuannya.
5-Aman
dalam perjalanan, tidak wajib haji dan umrah ke atas orang yang bimbang akan
ancaman musuh terhadap dirinya atau hartanya disebabkan ada kemudharatan. Atau
takut bahaya peperangan.
6-Berkemampuan,
Hadith daripada Umar RA, sabda nabi SAW: “Seorang lelaki bertemu Rasulullah
SAW dan berkata, wahai Rasulullah! Apakah antara sebab yang mewajibkan haji?
Baginda bersanda: Ada bekalan dan kenderaan.”
2
syarat tambahan untuk perempuan ialah:
1-Ada
pengiring samada suami atau mahram, samada secara nasab atau bukan nasab.
Rasulullah
SAW bersabda: “Seorang perempuan tidak boleh musafir selama dua hari kecuali
bersama-sama suami atau mahramnya.” Dalam riwayat yang lain: “Seorang
perempuan tidak boleh musafir kecuali bersama-sama mahramnya.” (Riwayat
al-Bukhari)
2-Tidak
berada dalam iddah samada iddah disebabkan perceraian atau kematian.
Firman
Allah SWT: “Serta bertakwalah kepada Allah SWT, Tuhan kamu. Janganlah kamu
mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya sehingga selesai iddahnya dan
janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar dari situ, kecuali jika mereka
melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah al-talaq:1)
Seseorang perempuan tidak boleh menunaikan ibadah haji kecuali
dengan keizinan suaminya. Dia tidak harus pergi jika ditegah suaminya.
Sekiranya perempuan tersebut meninggal dunia ketika itu sedangkan dia mampu
menunaikannya, dia tidak dianggap berdosa. Ibadah hajinya hendaklah diqhada dan
perbelanjaannya diambil daripada harta peninggalannya.
Dalam kitab-kitab fiqh banyak
disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar
dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan
penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk
mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula
ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar
untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu
sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti
menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi),
dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau
kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti
fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan
haji atau umrah.
Dalam persoalan ini, Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk
melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik
Zainab meninggal. Makcik Zainab tidak boleh menunaikan haji kerana wanita yang
berada dalam iddah samada iddah kerana kematian atau perceraian tidak wajib
atasnya menunaikan fardhu haji.
Pada hari ke 3 hari raya korban, Pak Ahmad menyembelih dua ekor lembu diniatkan sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah cucunya yang baru lahir. Beliau juga mengadakan kenduri berkenaan dengan menjadikan daging lembu sembelihan 2 ekor itu sebagai hidangan tetamu. Huraikan hukum bagi persoalan yang dihadapi Pak Ahmad?
Jawapan:
Korban bermaksud menyembelih
binatang tertentu untuk tujuan beribadat manakala aqiqah atas sebab kelahiran
bayi. Walaupun maksud dan niat korban dan aqiqah adalah berlainan namun haiwan
yang disyaratkan dalam kedua-dua ibadah ini adalah sama. Haiwan-haiwan tersebut
ialah kambing, lembu, kerbau, unta. Untuk tujuan Korban boleh bersekutu untuk
seekor lembu kepada tujuh bahagian.
Diriwayatkan Ahmad at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas katanya: “Adalah
kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu safar, maka datanglah musim korban.
Maka kami pun menyembelih seekor sapi untuk tujuh orang, dan seekor unta untuk
sepuluh orang.” Begitu juga dengan aqiqah pembahagiannya adalah sama dengan
korban. Bahagian aqiqa dibahagikan satu bahagian untuk anak perempuan dan dua
bahagian untuk anak lelaki.
Imam
Khatib Syarbini menyatakan di dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat
korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib,
manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan
untuk melaksanakannya.
Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi bermaksud: "Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu."

Aqiqah
menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang
disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut.
Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban. Namun,
ibadah korban dan aqiqah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu
bernazar untuk melakukannya.
Harus
seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang
lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7
dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya
diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. Berkata
Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau
unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan
orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian
mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.
Dalam
bab pembahagian daging korban dan aqiqah pula, daging aqiqah sunat disedekahkan
sesudah masak atau dijamu seperti kenduri-kenduri yang lain. Ia juga sunat
dimasak dengan masakan yang manis supaya akhlak anak tersebut mulia. Manakala
daging korban sunat disedekahkan ketika masih mentah. Daging korban terbahagi
kepada tiga bahagian kerana tidak semua daging korban diberikan kepada fakir,
kecuali korban nazar. Sebahagian untuk kita sendiri, sebahagian untuk
dihadiahkan dan sebahagian diberikan kepada fakir miskin. Berkorban harus
memakan sedikit dan tidak boleh disedekahkan semuanya.
Bagi
persoalan Pak Ahmad beliau boleh/harus menggabungkan korban dan aqiqah dalam
seekor lembu yang sama dan diniatkan
sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah
cucunya yang baru lahir. Beliau juga boleh mengadakan kenduri berkenaan dengan
menjadikan daging lembu sembelihan dua ekor itu sebagai hidangan tetamu dan
juga mengagihkan kepada fakir miskin daging mentah. Tidak boleh jika semua
daging itu dimasak.
Hubungan Syariat, Aqidah dan Ibadah
Apakah yang anda faham tentang syariat? Bincangkan hubungannya
dengan aqidah dan ibadah beserta contoh perlaksanaan syariat dalam masyarakat
Islam hari ini.
Selepas merujuk
dan membaca beberapa buah buku yang berkaitan, apa yang saya fahani tentang syariat
ialah syariat merupakan hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah SWT untuk
hamba-hamba Nya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, akhlak, muamalat
dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan manusia
dunia dan akhirat. Hukum-hukum Allah SWT yang disyariatkan kepada hamba nya
dinamakan syariat kerana ia diciptakan oleh Allah jelas dan lurus. Ia juga
dinamakan ad-din kerana ia mesti dipatuhi dan denganya manusia
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Syariat juga dinamakan al-Millah
kerana ia dapat memenuhi semua keperluan manusia. Oleh yang demikian, Syariat
Islam merangkumi hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah Nabawiyah
dan merupakan wahyu daripada Allah SWT kepada
Nabi Muhammad SAW supaya disampaikan kepada umat manusia.
Syariat, aqidah
dan ibadah saling berhubungan antara satu sama lain. Sebelum membincangkan
tentang hubungan tersebut, saya ingin menyatakan apa yang dimaksudkan dengan
aqidah dan ibadah. Aqidah menurut para Ulama’ bermaksud ilmu yang wajib
dipercayai dan diimani oleh seseorang dengan dalil yang sahih dan meyakinkan. Makna aqidah secara umum adalah,
keyakinan kuat yang tidak ada keraguan bagi orang yang meyakininya, baik
keyakinan itu haq maupun batil. Aqidah dalam maksud yang khusus bermaksud aqidah
Islam, iaitu, pokok-pokok agama dan hukum-hukum yang merupakan keimanan kepada
Allah SWT, malaikat-malaikat, kitab-kitab, para nabi, hari akhirat, beriman
kepada qada’ dan qadar, serta perkara lainnya yang diberitakan oleh Allah SWT
dalam al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadith-hadith yang sahih.
Ibadah
pula bermaksud segala bentuk amalan atau perbuatan samada melalui anggota zahir
seperti solat, tawaf, dan haji atau melalui lidah seperti berzikir, membaca
al-Quran dan melalui hati iaitu ikhlas, khusyuk, tawaduk kepada Allah SWT dengan
tujuan pengabdian khusus kepada Allah SWT. Ia juga bermaksud taat dan patuh
menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Ibadah bukan sahaja
solat dan puasa tetapi meliputi semua segi kehidupan samada ia ibadat khusus
seperti solat, puasa, zakat mahupun ibadah umum seperti bersedekah, bergotong
royong,bekerja, membantu orang lain dan sebagainya.
Hubungan syariat dengan aqidah dapat
dilihat pada istilah aqidah, jika disebut secara umum (sendirian) membawa
maksud hukum-hukum syariat dan keharusan dalam mengamalkannya. Sebagaimana
istilah syari’at jika disebut secara umum (sendirian), maka ia bersangkutan
perkara-perkara keimanan dan perkara pokok serta hukum-hukum syariat yang
pasti, iaitu aqidah.
Firman Allah SWT:“Dia telah
mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada
Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu,..” (Asy Syuura/42 :13). Oleh itu dapat
difahami, aqidah dan syariat merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan.
Sebagaimana telah diketahui bahawa iman itu meliputi keyakinan dan amalan.
Keyakinan inilah yang di sebut sebagai aqidah, dan amalan ini yang disebut
syariat. Ini kerana iman itu, jika disebutkan secara mutlak (sendirian) maka ia
mencakupi keyakinan dan amalan, sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan
jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (
Al Hujuraat/49 : 15)
Hubungan
ibadah dan syariat juga tidak boleh dipisahkan. Ibadah adalah cara merendah
diri kepada Allah SWT iaitu ketundukan yang paling tinggi disertai dengan rasa
mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi. Sementara syariat sebagai sistem nilai
berisi peraturan yang menggambarkan fungsi cara beribadah. Muslim yang
baik adalah orang yang selalu beribadah dengan kuat dan mendorongnya untuk
melaksanakan syariat yang hanya ditujukan pada Allah SWT sehingga tergambar
akhlak yang terpuji pada dirinya. Atas dasar hubungan itu, maka seseorang
yang melakukan ibadah, tetapi tidak dilandasi oleh keimanan, maka orang
itu termasuk ke dalam kategori kafir. Seseorang yang mengaku beriman, tetapi
tidak mahu melaksanakan syariat, maka orang itu disebut fasik. Sedangkan orang
yg mengaku beriman dan melaksanakan syariat tetapi dengan landasan ibadah yg
tidak lurus disebut munafik. Ibadah dan syariat dalam Al-Quran disebut iman dan
amal soleh. Iman menunjukkan makna aqidah, dan amal soleh menunjukkan
pengertian syariat. Seseorang yg melakukan perbuatan baik, tetapi tidak
dilandasi syariat, maka perbuatannya hanya dikategorikan sebagai perbuatan
baik.
Ibadah
dan syariat saling kait mengait. Misalnya, ketika Allah SWT menjelaskan
tentang solat. Ibadah adalah semua penjelasan apa dan
mengapa kita solat. Syariat adalah penjelasan bagaimana pelaksanaannya,
syarat-syaratnya, rukun-rukunnya. Aqidah adalah konsep sedangkan syariat adalah
hukum dari Allah SWT. Ibadah mendefinisikan hal ehwal atau hakikat segala
sesuatu. Konsep itu bersifat mutlak benar kerana berasal dari wahyu Allah SWT.
Konsep yang diwahyukan Allah SWT itu menjadi titik referensi manusia dalam
melihat, memahami dan meyakini yang lainnya. Berbeza dengan ibadah adalah hukum
perbuatan. Sebagai hukum, ia terdiri perintah dan larangan terhadap suatu
perbuatan manusia. Dengan kata lain, syariat adalah rambu-rambu yang boleh dan
yang tidak boleh dilakukan dalam menuju misi hidup manusia ibadah.
Contoh
perlaksanaan syariat dalam masyarakat Islam hari ini ialah seperti solat
fardhu. Masyarakat Islam meyakini bahawa kewajipan solat itu telah difardhukan
oleh Allah SWT. Ia wajib dilaksanakan dan menandakan pengabdian diri pada Allah
SWT. Meyakini solat juga telah ditetapkan waktu-waktunya, syarat-syaratnya dan
peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya. Contoh kedua perlaksanaan puasa
di bulan Ramadhan, Masyarakat Islam meyakini bahawa puasa di bulan Ramadhan itu
merupakan Rukun Islam yang wajib dilaksanakan dengan penuh pengabdian kepada
Allah SWT dan mengandungi peraturan-peraturan serta hukum-hukum didalamnya.
Seterusnya, masyarakat Islam mengakui bahawa arak itu haram dan mereka
meninggalkannya tanpa mempersoalkan tindakan tersebut kerana yakin dengan
ketetapan pengharaman arak di dalam al-Quran. Masyarakat Islam melaksanakan
syariat menutup aurat dengan mengamalkan pemakaian yang menutup aurat dan
memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam Islam. Masyarakat Islam juga
mengamalkan syariat dalam hal ehwal kekeluargaan dan perkahwinan yang digariskan
dalam Islam.
Soal Jawab Fiqh Islami
1)
Semasa
bersiap-siap untuk bermusafir, Ali telah mendengar azan zohor dikumandangkan.
Adakah beliau boleh mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar?
2)
Huraikan
perbezaan antara najis dan hadas dengan menggunakan bahasa sendiri?
Soalan kuiz:
Semasa
bersiap-siap untuk bermusafir, Ali telah mendengar azan zohor dikumandangkan.
Adakah beliau boleh mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar?
Pertama sekali
untuk menjawab persoalan ini saya melihat ia kepada dua jawapan.
1) Mengqasarkan
dan menjamakkan solat zohor dengan asar apabila keluar musafir selepas
mendengar azan.
2) Mengqasarkan
dan menjamakkan solat zohor dengan asar selepas mendengar azan sebelum keluar
musafir (bermukim)?
Jawapannya harus mengqasarkan dan
menjamakkan solat zohor dengan asar apabila keluar musafir selepas mendengar
azan. Ini kerana tidak mendengar azan atau tidak masuk waktu itu bukan syarat
yang membolehkan jamak dan qasar.
Syarat qasar
ialah: Solat fardhu itu dilakukan ketika
musafir, perjalanan melepasi qaryah, tidak berniat menetap selama empat hari di
tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar,
tidak mengikut imam yang bermukim.
Syarat jamak
ialah:
Jamak taqdim
a)Kedua-dua
solat dilakukan mengikut urutannya iaitu dimulai dengan solat pertama yang
empunya waktu kemudian diikuti solat yang kedua.
b)Berniat
menjamakkan solat yang kedua dengan yang pertama. Walaubagaimanapun niat
tersebut sunat beserta takbiratul ihram.
c)Kedua-dua
solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat yang kedua dengan
segera sebaik sahaja selesai salam solat yang pertama tanpa dipisahkan dengan
berzikir, mengerjakan perkara sunat dan sebagainya.
d)Masih dalam
musafir sehingga memulakan solat yang kedua.
Jamak takhir
a)Berniat menjamakkan
solat yang pertama dalam waktunya yang asal kepada solat yang kedua. Sekiranya
tamat waktu zohor tanpa berniat menjamakkan solat zohor kepada asar maka solat
zohor wajib diqada.
b)Masih dalam
musafir sehingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.
c)Tertib antara
kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana solat
yang dikehendaki.
Dalam
masalah ini, yang diambil kira ialah waktu solat didirikan bukan waktu keluar
daripada qaryah. Hal mendengar azan sebelum musafir tidak termasuk di dalam
syarat sah jamak atau qasar dan tidak termasuk dalam perkara yang
membatalkannya. Dalilnya maksud Firman Allah SWT: “Dan apabila kamu
musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa memendekkan sembahyang.”
(An-Nisak:101)
Persoalan
kedua jika jamak dan solat dilakukan di rumah setelah mendengar azan
berkumandang iaitu masih bermukim. Jawapannya harus menjamakkan solat tetapi
tidak boleh menqasarkannya. boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di
rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar atau
maghrib dengan isyak takut terlepas waktu isyak. Ini disebabkan jika kita
menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk
berhenti bagi menunaikan solat atau bimbang tidak sempat sampai ke destinasi
sehingga habis waktu solat atau kesulitan lain yang sudah diramalkan hingga
kita pasti akan tertinggal waktu solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah
dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men’qasar’kan
solat tersebut kerana belum mula musafir. Niat untuk bermusafir sudah di kira
bermusafir. Haram jika dengn sengaja meninggalkan solat jika sudah tahu akan
timbul masalah untuk solat di pertengahan jalan. Dalilnya ialah sabda
Rasulullah saw :
“Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya :
Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan 'Asar dan antara Maghrib
dan Isya' di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di
dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas)
ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w
menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim)
Soalan kuiz:
Huraikan
perbezaan antara najis dan hadas dengan menggunakan bahasa sendiri?
Najis bermaksud benda yang kotor iaitu benda kotor yang menghalang
daripada kita melakukan ibadah seperti solat. Dalam bahasa yang mudah ia (najis)
tidak sah dibawa dalam solat. Benda-benda yang dikategorikan najis ialah
arak dan semua cecair yang memabukkan, anjing dan babi, bangkai kecuali mayat
manusia,ikan dan belalang. Seterusnya yang dikatakan najis ialah darah yang
cair termasuk nanah, kencing dan najis manusia dan binatang, sebahagian yang
terpisah daripada binatang semasa hidup
adalah najis. Susu binatang yang dagingnya tidak halal dimakan juga najis.
Najis pula ada yang dilihat dan berjirim, mempunyai sifat zahir seperti warna
atau bau. Ini disebut najis aini. Jika najis telah kering dan kesannya
telah hilang, dengan kata lain kesan warna atau bau najis tidak ada lagi ia
dinamakan najis hukmi. Najis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
najis mughallazzah (berat) meliputi anjing dan babi, kedua najis mukhaffafah
(ringan) ialah air kencing kanak-kanak lelaki bawah dua tahhun yang makan dan
minum susu ibunya sahaja manakal najis ketiga najis mutawassitah (pertengahan)
iaitu selain daripada najis mughallazah dan mukhaffafah.
Hadas pula bermaksud kejadian
yang dianggap wujud pada anggota manusia yang menghalang sah solat
(sesuatu yang menega
h daripada sah
solat) dan ibadah yang lain yang bersamaan hukumnya selagi tidak diberikan
keringanan. Hadas juga dimaksudkan kepada perkara yang membatalkan wuduk dan
yang mewajibkan mandi. Hadas terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadas besar
dan hadas kecil:
Hadas kecil ialah kejadian yang dianggap wujud pada empat anggota manusia,
iaitu muka, dua tangan, kepala dan dua kaki yang menghalang daripada sah solat
dan seumpamanya. Hadas ini akan terluput dengan berwuduk dan membolehkan
seseorang melakukan solat.
Hadas kecil ada 2 perkara:-
1) Buang air besar
2) Buang air kecil
Seseorang yang berhadas kecil wajiblah beristinjak terlebih dahulu untuk membersihkan najisnya. Untuk mengangkat hadas kecil bagi dua perkara di atas adalah dengan berwuduk.

Hadas besar ialah kejadian yang dianggap wujud pada seluruh badan yang
menghalang sah solat dan ibadat-ibadat seumpamanya. Hadas ini akan terluput
dengan mandi dan menjadikan seseorang layak untuk melakukan ibadat yang telah
dilarang sebelumnya.
Hadas besar ada
6 perkara:-
1) Jimak atau bersetubuh
2) Keluar mani
3) Haid
4) Nifas (darah yang keluar setelah melahirkan anak)
5) Wiladah (melahirkan anak samada basah atau kering)
6) Mati yang bukan syahid
1) Jimak atau bersetubuh
2) Keluar mani
3) Haid
4) Nifas (darah yang keluar setelah melahirkan anak)
5) Wiladah (melahirkan anak samada basah atau kering)
6) Mati yang bukan syahid
Bersuci bagi keenam-enam perkara di atas adalah dengan mandi hadas atau mandi wajib. Sebelum mandi hadas, seseorang itu dikatakan berada dalam hadas dan tidak boleh melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa, bertawaf, memegang dan membaca al-Quran.
Monday, June 18, 2012
Hari-hari Yang Berlalu Jun 2012...
Assalamualaikum semua..dah lama sangat tak ada post baru...
terima kasih kepada "silent reader" (ada ka...perasan jap)
Perkembangan terbaru...ape ya....badan agaknya yang semakin mengembang...kihkih...
Anak-anak dan Keluarga
Alhamdulillah my ensem boy Ahmad Naseh Ulwan akan masuk 8 bulan dengan berat 8.1 kg dan Kak Yong Sarah Nuha masuk 2 tahun 2 bulan dgn berat 9 kg.....lepas ni adik lebih besar pada kakak agaknya..budak2 pada tahap umur ni sgt pesat perkembangannya ...Kak Yong pun dah pandai cakap dan sgt byk mulut..mcm walid ke ummi ni????Naseh pula boleh golek2 (orang selatan dan pantai timur faham ke),pusing2,ke depan blkg kiri dan kanan tp belum angkat punggung lg...lambat lg nk merangkak agaknya....melalui pengalaman Sarah dulu, saya perasan yg anak2 saya lambat sikit psikomotor tetapi cepat verbal....alhamdulillah dua2 sihat selepas demam yang berlarutan awal tahun tadi. Satu perkataan Kak Yong yang selalu dia ulang dan akan sambung ayat kita bila kita puji dia "pandai".....sambung Kak Yong...."cerdik, bijak, dan lawaaaaaa". Ape 2 je la Kak Yong..semoga benar2 menjadi anak yang bijak dan solehah. Bila balik dr umah pengasuh masuk bilik opah dan tokwan sibuk ja tanya opah watpa, tokwan buat apa..mana makcu???Semua benda nak buat sendiri dan tak duduk diam...nak makan sendiri,nak pakai kasut sendiri,nak pilih baju sendiri..kanak2 pada tahap ini merasakan mereka mampu buat sendiri w/pun hasil sebaliknya (tumpah air,kasut dan baju terbalik dsb) itulah yang dinamakan perkembangan...perkembangan jika di isi dengan sebaiknya akan membuahkan hasil yg baik..saya juga masih teraba-raba dan tercari-cari masih try and error dalam menjadi ummi sepanjang mendidik anak2..saya yakin setiap ibu bapa mempunyai alasan yang tersendiri pada setiap didikan dan cara yang mereka terapkan pada anak2 mereka...bila pasangan dibesarkan dalam persekitaran yang berbeza , gandingan itu diharapkan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih pelbagai dan positif...inilah hikmah daripada perkahwinan berlainan budaya, adat resam, tabiat ,didikan dan persekitaran yang berbeza..negeri je lain (Perak VS Melaka).
Sekolah dan Anak Murid
Cepatnya masa berlalu...sudah bulan Jun 2012...murid-murid pun sudah memasuki 6 bulan kedua. Ikhlas saya cakap kadang2 saya rasa mcm "tak pandai" mengajar bila masuk kelas hujung2 ni...bila tengok penerimaan murid rasa "down" dan sedikit putus asa...saya sll mengharapkan tidak ada marah, tengking, bebel, pukul, cubit di dalam kelas..tambah2 ini matapelajaran al-Quran dan Pendidikan Islam tetapi apa yang berlaku sebaliknya...Hari ni pagi2 lepas perhimpunan saya masuk kelas 4J..kelas akhir di antara 3 kelas tahun 4. Matapelajaran al-Quran...murid sangat tidak bermotivasi..menguap,mendengus,mengeluh, berbual dengan rakan sebelah dan tidak memberi perhatian...apabila membaca al-Quran beberapa orang sahaja yang mengikut....mula la berkira-kira dalam hati...saya cuba mempraktikkan cara pujian...huh lagi puji lagi melampau...habis la semua teori ngan hampa tak jalan..teori marah dan mengamuk jg agak menjadi...suara tidak sedap agaknya sbb tu murid tidak berminat..ya Allah siapalah aku untuk mempertikaikan kurniaanMu....guna kekerasan "siapa yang tak buka mulut utk mengaji nanti keluar api kat mulut dia..api nereka sbb tak mahu belajar!!!!"...kuat sekejap suara mereka mengikut bacaan lepas tu tenggelam balik...bila bagi latihan kat papan putih selagi tak ulang 100x takde siapa pun yang buka buku..ya Allah berilah ku kekuatan, kurniakan aku lidah yang fasih, suara yang menyenangkan dan Kau bukalah pintu hati anak-anak murid ku supaya mereka suka belajar dan menuntut ilmu....
Rakan Sejawat yg Bertukar
Minggu ini seorang guru j-QAF Ustaz Muhammad b.Shafiey sudah tidak bertugas di SKSMA lagi..beliau dapat bertukar balik ke Negeri Kelantan...Secara peribadi pertukaran beliau sedikit sebanyak terasa juga...sebab...saya dengan beliau "sekapal" kata orang..kami satu bacth..bacth j-QAF pertama 2005..bacth yang pertama di SKSMA....pahit manis,jatuh bangun, hitam putih sepanjang 2005-2012...sedikit sebanyak ada perkara yang "dipelajari" bersama beliau...dedikasi buat Us Mad selamat bertugas di sekolah baru..salam Transformasi!
Saya juga berkira2 untuk bertukar di tempat baru sedikit masa lagi...Putrajaya...masanya akan tiba juga tetapi bila/bagaimana semuanya dalam ketentuan Allah...saya mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga....banyak yang difikirkan dan masih panjang cita-cita..........rasa sayang pulak pada SKSMA...setelah lama dan serasi untuk memulakan yang baru sedikit gementar...tetapi jika tidak memulakan sekarang bila lagi.....semoga mendapat petunjuk....Akhir sekali terima kasih semua...insan-insan di sekeliling saya..yang mematangkan saya tidak kira yang memberi cabaran atau kekuatan semuanya penyumbang pada kebaikan (suka sangat buat ayat macam bagi ucapan..hihihi)...saya cuba ambilnya secara positif...wallahua'lam...

Subscribe to:
Posts (Atom)