1)
Semasa
bersiap-siap untuk bermusafir, Ali telah mendengar azan zohor dikumandangkan.
Adakah beliau boleh mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar?
2)
Huraikan
perbezaan antara najis dan hadas dengan menggunakan bahasa sendiri?
Soalan kuiz:
Semasa
bersiap-siap untuk bermusafir, Ali telah mendengar azan zohor dikumandangkan.
Adakah beliau boleh mengqasarkan dan menjamakkan solat zohor dengan asar?
Pertama sekali
untuk menjawab persoalan ini saya melihat ia kepada dua jawapan.
1) Mengqasarkan
dan menjamakkan solat zohor dengan asar apabila keluar musafir selepas
mendengar azan.
2) Mengqasarkan
dan menjamakkan solat zohor dengan asar selepas mendengar azan sebelum keluar
musafir (bermukim)?
Jawapannya harus mengqasarkan dan
menjamakkan solat zohor dengan asar apabila keluar musafir selepas mendengar
azan. Ini kerana tidak mendengar azan atau tidak masuk waktu itu bukan syarat
yang membolehkan jamak dan qasar.
Syarat qasar
ialah: Solat fardhu itu dilakukan ketika
musafir, perjalanan melepasi qaryah, tidak berniat menetap selama empat hari di
tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar,
tidak mengikut imam yang bermukim.
Syarat jamak
ialah:
Jamak taqdim
a)Kedua-dua
solat dilakukan mengikut urutannya iaitu dimulai dengan solat pertama yang
empunya waktu kemudian diikuti solat yang kedua.
b)Berniat
menjamakkan solat yang kedua dengan yang pertama. Walaubagaimanapun niat
tersebut sunat beserta takbiratul ihram.
c)Kedua-dua
solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat yang kedua dengan
segera sebaik sahaja selesai salam solat yang pertama tanpa dipisahkan dengan
berzikir, mengerjakan perkara sunat dan sebagainya.
d)Masih dalam
musafir sehingga memulakan solat yang kedua.
Jamak takhir
a)Berniat menjamakkan
solat yang pertama dalam waktunya yang asal kepada solat yang kedua. Sekiranya
tamat waktu zohor tanpa berniat menjamakkan solat zohor kepada asar maka solat
zohor wajib diqada.
b)Masih dalam
musafir sehingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.
c)Tertib antara
kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana solat
yang dikehendaki.
Dalam
masalah ini, yang diambil kira ialah waktu solat didirikan bukan waktu keluar
daripada qaryah. Hal mendengar azan sebelum musafir tidak termasuk di dalam
syarat sah jamak atau qasar dan tidak termasuk dalam perkara yang
membatalkannya. Dalilnya maksud Firman Allah SWT: “Dan apabila kamu
musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa memendekkan sembahyang.”
(An-Nisak:101)
Persoalan
kedua jika jamak dan solat dilakukan di rumah setelah mendengar azan
berkumandang iaitu masih bermukim. Jawapannya harus menjamakkan solat tetapi
tidak boleh menqasarkannya. boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di
rumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar atau
maghrib dengan isyak takut terlepas waktu isyak. Ini disebabkan jika kita
menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk
berhenti bagi menunaikan solat atau bimbang tidak sempat sampai ke destinasi
sehingga habis waktu solat atau kesulitan lain yang sudah diramalkan hingga
kita pasti akan tertinggal waktu solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah
dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat. Iaitu tidak boleh men’qasar’kan
solat tersebut kerana belum mula musafir. Niat untuk bermusafir sudah di kira
bermusafir. Haram jika dengn sengaja meninggalkan solat jika sudah tahu akan
timbul masalah untuk solat di pertengahan jalan. Dalilnya ialah sabda
Rasulullah saw :
“Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya :
Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan 'Asar dan antara Maghrib
dan Isya' di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan di
dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas)
ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w
menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim)
Soalan kuiz:
Huraikan
perbezaan antara najis dan hadas dengan menggunakan bahasa sendiri?
Najis bermaksud benda yang kotor iaitu benda kotor yang menghalang
daripada kita melakukan ibadah seperti solat. Dalam bahasa yang mudah ia (najis)
tidak sah dibawa dalam solat. Benda-benda yang dikategorikan najis ialah
arak dan semua cecair yang memabukkan, anjing dan babi, bangkai kecuali mayat
manusia,ikan dan belalang. Seterusnya yang dikatakan najis ialah darah yang
cair termasuk nanah, kencing dan najis manusia dan binatang, sebahagian yang
terpisah daripada binatang semasa hidup
adalah najis. Susu binatang yang dagingnya tidak halal dimakan juga najis.
Najis pula ada yang dilihat dan berjirim, mempunyai sifat zahir seperti warna
atau bau. Ini disebut najis aini. Jika najis telah kering dan kesannya
telah hilang, dengan kata lain kesan warna atau bau najis tidak ada lagi ia
dinamakan najis hukmi. Najis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
najis mughallazzah (berat) meliputi anjing dan babi, kedua najis mukhaffafah
(ringan) ialah air kencing kanak-kanak lelaki bawah dua tahhun yang makan dan
minum susu ibunya sahaja manakal najis ketiga najis mutawassitah (pertengahan)
iaitu selain daripada najis mughallazah dan mukhaffafah.
Hadas pula bermaksud kejadian
yang dianggap wujud pada anggota manusia yang menghalang sah solat
(sesuatu yang menega
h daripada sah
solat) dan ibadah yang lain yang bersamaan hukumnya selagi tidak diberikan
keringanan. Hadas juga dimaksudkan kepada perkara yang membatalkan wuduk dan
yang mewajibkan mandi. Hadas terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadas besar
dan hadas kecil:
Hadas kecil ialah kejadian yang dianggap wujud pada empat anggota manusia,
iaitu muka, dua tangan, kepala dan dua kaki yang menghalang daripada sah solat
dan seumpamanya. Hadas ini akan terluput dengan berwuduk dan membolehkan
seseorang melakukan solat.
Hadas kecil ada 2 perkara:-
1) Buang air besar
2) Buang air kecil
Seseorang yang berhadas kecil wajiblah beristinjak terlebih dahulu untuk membersihkan najisnya. Untuk mengangkat hadas kecil bagi dua perkara di atas adalah dengan berwuduk.
1) Buang air besar
2) Buang air kecil
Seseorang yang berhadas kecil wajiblah beristinjak terlebih dahulu untuk membersihkan najisnya. Untuk mengangkat hadas kecil bagi dua perkara di atas adalah dengan berwuduk.
Hadas besar ialah kejadian yang dianggap wujud pada seluruh badan yang
menghalang sah solat dan ibadat-ibadat seumpamanya. Hadas ini akan terluput
dengan mandi dan menjadikan seseorang layak untuk melakukan ibadat yang telah
dilarang sebelumnya.
Hadas besar ada
6 perkara:-
1) Jimak atau bersetubuh
2) Keluar mani
3) Haid
4) Nifas (darah yang keluar setelah melahirkan anak)
5) Wiladah (melahirkan anak samada basah atau kering)
6) Mati yang bukan syahid
1) Jimak atau bersetubuh
2) Keluar mani
3) Haid
4) Nifas (darah yang keluar setelah melahirkan anak)
5) Wiladah (melahirkan anak samada basah atau kering)
6) Mati yang bukan syahid
Bersuci bagi keenam-enam perkara di atas adalah dengan mandi hadas atau mandi wajib. Sebelum mandi hadas, seseorang itu dikatakan berada dalam hadas dan tidak boleh melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa, bertawaf, memegang dan membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment