1)Ali
yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan,
bagaimanakah status puasa Ali itu?
2)Makcik
Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum
melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh
melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?
3)Pada
hari ke 3 hari raya korban, Pak Ahmad menyembelih dua ekor lembu diniatkan
sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah
cucunya yang baru lahir. Beliau juga mengadakan kenduri berkenaan dengan
menjadikan daging lembu sembelihan 2 ekor itu sebagai hidangan tetamu. Huraikan
hukum bagi persoalan yang dihadapi Pak Ahmad?
Soalan 1
Ali yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan, bagaimanakah status puasa Ali itu?
Ali yang mengalami penyakit lelah terpaksa menggunakan inhaler pada bulan Ramadhan, bagaimanakah status puasa Ali itu?
Jawapan:
Antara perkara yang membatalkan
puasa ialah memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.
Seperti yang diketahui, inhaler ialah alat untuk pesakit asma yang menggunakan gas. Gas ini akan meresap
ke dalam tengkorok dan paru-paru. Menggunakan inhaler bagi yang
berpuasa hukumnya boleh/harus menurut pendapat ulama’, sama ada ianya puasa Ramadhan
ataupun yang lain. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya
berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan
bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum. Sebagaimana
diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang
menunjukkan rosaknya puasa. Inhaler sifatnya berbeza dengan merokok, di dalam
buku al-Fiqh al-Mahanji Jumhur Ulama’ menyatakan batal puasa kerana pada hati
mereka yang merokok terdapat kesan daripada rokok. Oleh itu, status puasa Ali
ialah tidak batal puasa.
Soalan 2
Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?
Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik Zainab meninggal. Apakah beliau boleh melaksanakan haji dalam tempoh iddah itu?
Jawapan:
Ibadah haji dan umrah wajib ke atas orang
yang mempunyai 6 syarat dan 2 syarat lagi ditambah bagi perempuan iaitu:
1-Islam,
tidak sah jika tidak Islam kerana Islam merupakan salah satu daripada syarat
sah ibadah.
2-Berakal,tidak
wajib ke atas orang gila disebabkan dia tidak mampu membezakan suruhan dengan
tegahan. Tuntutan syara’ tidak berlaku kecuali apabila ada akal.
3-Baligh,
tidak wajib ke atas orang yang belum baligh. Ini disebabkan tidak dianggap
mukhallaf dan tuntutan syara’ hanya berlaku atas orang yang baligh.
4-Merdeka,
tidak wajib ke atas hamba disebabkan dia tidak memiliki sebarang harta. Malah
dirinya sendiri dan apa-apa yang diperolehinya ialah milik tuannya.
5-Aman
dalam perjalanan, tidak wajib haji dan umrah ke atas orang yang bimbang akan
ancaman musuh terhadap dirinya atau hartanya disebabkan ada kemudharatan. Atau
takut bahaya peperangan.
6-Berkemampuan,
Hadith daripada Umar RA, sabda nabi SAW: “Seorang lelaki bertemu Rasulullah
SAW dan berkata, wahai Rasulullah! Apakah antara sebab yang mewajibkan haji?
Baginda bersanda: Ada bekalan dan kenderaan.”
2
syarat tambahan untuk perempuan ialah:
1-Ada
pengiring samada suami atau mahram, samada secara nasab atau bukan nasab.
Rasulullah
SAW bersabda: “Seorang perempuan tidak boleh musafir selama dua hari kecuali
bersama-sama suami atau mahramnya.” Dalam riwayat yang lain: “Seorang
perempuan tidak boleh musafir kecuali bersama-sama mahramnya.” (Riwayat
al-Bukhari)
2-Tidak
berada dalam iddah samada iddah disebabkan perceraian atau kematian.
Firman
Allah SWT: “Serta bertakwalah kepada Allah SWT, Tuhan kamu. Janganlah kamu
mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya sehingga selesai iddahnya dan
janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar dari situ, kecuali jika mereka
melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah al-talaq:1)
Seseorang perempuan tidak boleh menunaikan ibadah haji kecuali
dengan keizinan suaminya. Dia tidak harus pergi jika ditegah suaminya.
Sekiranya perempuan tersebut meninggal dunia ketika itu sedangkan dia mampu
menunaikannya, dia tidak dianggap berdosa. Ibadah hajinya hendaklah diqhada dan
perbelanjaannya diambil daripada harta peninggalannya.
Dalam kitab-kitab fiqh banyak
disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar
dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan
penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk
mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula
ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar
untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu
sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti
menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi),
dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau
kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti
fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan
haji atau umrah.
Dalam persoalan ini, Makcik Zainab telah bersiap sedia untuk
melaksanakan haji dari awal. Sebulan sebelum melaksanakan haji, suami Makcik
Zainab meninggal. Makcik Zainab tidak boleh menunaikan haji kerana wanita yang
berada dalam iddah samada iddah kerana kematian atau perceraian tidak wajib
atasnya menunaikan fardhu haji.
Pada hari ke 3 hari raya korban, Pak Ahmad menyembelih dua ekor lembu diniatkan sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah cucunya yang baru lahir. Beliau juga mengadakan kenduri berkenaan dengan menjadikan daging lembu sembelihan 2 ekor itu sebagai hidangan tetamu. Huraikan hukum bagi persoalan yang dihadapi Pak Ahmad?
Jawapan:
Korban bermaksud menyembelih
binatang tertentu untuk tujuan beribadat manakala aqiqah atas sebab kelahiran
bayi. Walaupun maksud dan niat korban dan aqiqah adalah berlainan namun haiwan
yang disyaratkan dalam kedua-dua ibadah ini adalah sama. Haiwan-haiwan tersebut
ialah kambing, lembu, kerbau, unta. Untuk tujuan Korban boleh bersekutu untuk
seekor lembu kepada tujuh bahagian.
Diriwayatkan Ahmad at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas katanya: “Adalah
kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu safar, maka datanglah musim korban.
Maka kami pun menyembelih seekor sapi untuk tujuh orang, dan seekor unta untuk
sepuluh orang.” Begitu juga dengan aqiqah pembahagiannya adalah sama dengan
korban. Bahagian aqiqa dibahagikan satu bahagian untuk anak perempuan dan dua
bahagian untuk anak lelaki.
Imam
Khatib Syarbini menyatakan di dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat
korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib,
manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan
untuk melaksanakannya.
Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi bermaksud: "Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu."
Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi bermaksud: "Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu."
Aqiqah
menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang
disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut.
Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban. Namun,
ibadah korban dan aqiqah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu
bernazar untuk melakukannya.
Harus
seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang
lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7
dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya
diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. Berkata
Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau
unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan
orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian
mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.
Dalam
bab pembahagian daging korban dan aqiqah pula, daging aqiqah sunat disedekahkan
sesudah masak atau dijamu seperti kenduri-kenduri yang lain. Ia juga sunat
dimasak dengan masakan yang manis supaya akhlak anak tersebut mulia. Manakala
daging korban sunat disedekahkan ketika masih mentah. Daging korban terbahagi
kepada tiga bahagian kerana tidak semua daging korban diberikan kepada fakir,
kecuali korban nazar. Sebahagian untuk kita sendiri, sebahagian untuk
dihadiahkan dan sebahagian diberikan kepada fakir miskin. Berkorban harus
memakan sedikit dan tidak boleh disedekahkan semuanya.
Bagi
persoalan Pak Ahmad beliau boleh/harus menggabungkan korban dan aqiqah dalam
seekor lembu yang sama dan diniatkan
sebagai korbannya tahun ini. Satu bahagian lembu itu diniatkan mengakikah
cucunya yang baru lahir. Beliau juga boleh mengadakan kenduri berkenaan dengan
menjadikan daging lembu sembelihan dua ekor itu sebagai hidangan tetamu dan
juga mengagihkan kepada fakir miskin daging mentah. Tidak boleh jika semua
daging itu dimasak.
No comments:
Post a Comment