Catatan Awal Setelah Pulang Daripada Bengkel
Sudah lama saya mengikuti blog Ustazah Siti Khadijah serta blog-blog dan FB individu lain yang mengamalkan teknik Rasulullah ini. Terdetik dalam hati teringinnya nak ikuti bengkel teknik ini. Dorongan ini datang bersama azam untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri. Selalu merasakan kelas sangat hambar ataupun penuh bebelan dan kemarahan dengan sikap anak-anak didik yang pelbagai. Pasti semua guru-guru merasai perkara yang sama apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar daripada kelas akhir. Ini memberi dorongan yang kuat pada diri saya untuk mengubah teknik p dan p yang lazim digunakan.
Setelah membaca iklan di dalam FB Ustazah Siti Khadijah yang bengkel akan diadakan di Kuala Kangsar saya terus mengajak rakan-rakan j-QAF yang lain untuk menyertai bengkel ini yg berlangsung pada 17 Febuari 2013 di Masjid Ridhwaniah Kuala Kangsar. Saya sangat teruja untuk mengikut bengkel ini. Alhamdulillah pada hari ini maka terlaksana juga harapan yang berbunga-bunga tersebut. Saya dan 3 orang lagi rakan serta adik saya sendiri memecah kedinginan pagi ahad menaiki kereta dengan dipandu oleh saya. Dah dua tahun tak pandu atas highway..bergegar juga kaki bila tengok meter 140...Bagi saya sendiri semua ini aturan dan kemudahan yang Allah kurniakan kepada kami...Alhamdulillah...
Pada malamnya sebelum bengkel, sebenarnya anak-anak saya kurang sihat..dalam hati sedikit gundah gulana..dalam hati berdoa harap-harap esok pagi akey sikit sebab saya tetap mahu hadiri bengkel tersebut. Seawal 6.30 pagi saya sudah bersiap, badan anak-anak tidak panas tetapi mereka muntah, batuk dan Naseh sedikit penat. Saya cuba tenangkan diri seolah tiada apa yang berlaku..dalam hati terus berdoa agar saya dapat juga hadiri bengkel tersebut! 6.40 pagi saya pergi isi minyak dan bawa anak-anak terus hantar ke rumah pengasuh dan saya tidak bekalkan ubat sebab saya andaikan dan berharap anak-anak saya sihat. Pada pukul 7.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar dan sampai pada jam 8.20 pagi.
Pada pukul 9.00 pagi bengkel pun bermula..