Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak

Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Sayalah Sarah Nuha!

Sunday, December 11, 2011

Bahasa Sarah...

Hari ni Sarah dah pun berumur 1 tahun 7 bulan lebih kurang..dah makin bijak,banyak akal,melucukan dan pastinya membuatkan hati Ummi dan Walid terhibur.Sarah dah boleh cakap beberapa perkataan dalam bahasanya..buat saya tergelak siap dengan lenggok badan dan memek mukanya...saya suka cakap depan suami..."memang la anak ummi ni orang Titi Serong...(sebab bunyi utaranya tu)...." Antara perkataan yg dah Sarah kuasai mengikut turutan dari masa ke masa antaranya:

Mama (Pegasuh dan semua org dewasa)
Pah (Opah)
Kui (Kuih)
A ah (Sarah)
Bibi (Baby)
Mi (Umi)
Ayid (Walid)
Boh (Letak)
Dom  aaa (Jom le)
Kung (dukung)
Uuuh ( berak)
Takdaa (takde)
Mei (comel)
Tuh (jatuh)
Mamau (taknak)
Pat aaa (cepat le)




"Sarah nape tarik sarung tangan kaki baby?sian baby Naseh"....(baby apa lagi uwaaaaaaaaaa)

Thursday, December 8, 2011

Jarak Sarah dan Naseh terlalu dekat....???



Assalamualaikum semua....

Dah lama tak menaip dlm posting ni...masuk hari ni Naseh dah pun berusia lebih kurang 50 hari lebih..alhamdulillah masa umur sebulan berat Naseh dah naik  5.6 kg lebih kurang (kalau tak silap dlm buku rekod kesihatan).Sebelum ni saya ada kata yg di awal2 mengandung dulu saya teringinkan anak perempuan lagi..sebenarnya bila saya bersalinkan Naseh ada satu perasaan dalam hati saya yg berkata "ya..inilah yg saya harapkan sebenarnya (anak lelaki)".....insaf saya bila teringatkan sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yg baik buat kita....rupanya ini yg saya harapkan...tenang rasa jiwa (perasaan semua ibu kan) bila tatap wajah Naseh yg tembam tu..kehkehkeh

Saya nak kenangkan balik saat selepas balik ke rumah drp discharge Hospital Taiping...huhu (jiwang jg saya rupanya bila suka kenang2 ni...)..kenang sarah jap..Maklumlah Sarah tu saya dan walidnya terlalu manjakan...sayang sungguh kata orang..bila ada Sarah kami suami isteri asyik "ronda" ja bawa Sarah...modus operandi dia sama ja,sarah dok atas riba,susukan dia,dia merengek2 pastu tertido atas riba uminya yg umpama dunlop ini..sampai dia nyenyak kami pun pusing balik ke Taman Desa Indah...boleh dikatakan hari2 mcm tu...hingga ke saat terakhir mengandungkan Naseh dan hingga hari ni saya masih susukan Sarah...dpt bayangkan tak betapa eratnya Sarah dengan saya....so,bila balik ke rumah setelah 4 hari di Hospital Taiping,saya bawa balik Naseh...saat tu saya rasakan sgt berbeza.....Sarah dengan walidnya (4 hari dia dengan walid siang malam), dia nampak hairan bila tengok baby Naseh..dengan saya pun dia mcm pelik, bila saya susukan dia..dia taknak (waktu tu mgkn susu kolestrom adik rasa lain)..nak riba saya baru ceasar..badan lemah..saat tu saya sangat emosi...saya rasa mcm kehilangan Sarah...rasa mcm ada satu kehidupan baru....rasa sekelip mata Sarah hilang drp saya....rasa macam-macam...hampir seminggu saya menangis setiap malam kenangkan Sarah...huhuh...syahdu tu :))...sampai lah suami nasihatkan saya....jangan mcm ni,kesian kat baby Naseh..dia perlukan penjagaan rapi yelah baru lahir...nanti ada kesan psikologi pulak pd baby...kan kelahiran zuriat ni pergi dan datang...hadapi mcm biasa krn anak anugerah Allah..ya Allah saat tu saya tersentap..rasa berdosa dengan Naseh...maafkan umi yg baby...umi pun sayangkan baby..hehh...mcm drama....nah, sekarang bila Sarah menyusu balik dgn saya, nak beriba,jeles dgn adik saya pulak naik suara..."kakak..nampak tak umi riba baby ni pegi kat walid.."kehkeheh..sian sarah......

So, apa yg saya nak cerita kat sini...jarak Naseh ngan Sarah taklah dekat sangat...lebih kurang sarah umur 8 bulan saya mengandungkan Naseh dan umur Sarah 1 tahun 6 bulan saya bersalinkan Naseh...Sarah bulan 4 tahun 2010 dan Naseh bulan 10 tahun 2011...(nanti Sarah thn 1 Naseh pra sekolah)...ramai juga kawan2 yg kata "biasalah jarak mcm tu, kami dulu pun lebih kurang mcm tu jaraknya" dan ada juga yg kata "tak rapat sgt lah" tak kurang juga yg kata "biasa bila anak sulung dengan kedua macam tu"...semuanya saya angguk dan terima kerana semua itu rezeki kurniaan Allah..ameeen..terasa Naseh anugerah yang tak ternilai....


Cuma di sini saya nak berkongsi sedikit rasa hati saya...perasaan saya..sungguh sebelum kehadiran Naseh, Sarah tu umpama puteri dari kayangan layanan yg diberikan...sayang sungguhlah orang kata..rasa tak puas lagi bermanja dengan keletahnya...bila kami terima Naseh rasa sedikit kesian pada Sarah dan dalam masa yg sama kesian juga pada Naseh...terfikir saya..sangat respek pada mereka yg kata "biasa"...Tapi insyaAllah sekarang saya dan suami dapat menerima dengan penuh kesyukuran..itulah asam garam kehidupan...penat lah sikit bila dua2 "masih kecik"...tumpuan pada kedua2nya...penat oooo..tak cukup tido...baru 2 rasa kelam kabut la jugak...heheh..kepada Sarah kami ajar supaya menerima Naseh..(bkn dia takleh terima tp biasalah budak kecik tak faham apa)..hihihi..apa lagi saya pun bertambah lagi membebelnya :)))...kekek.."Sarah,tu baby sayang...baby kecik lagi takleh buat kasar2"..."sabaq sayang..bagi baby susu puas2 dulu baru kakak pulak".."kakak duduk ngan walid dulu kan baby tido atas umi ni"..."jgn tepuk muka baby...(sarah bergurau dgn adik dia)"..."jangan korek mata dan hidung baby"..itu antara ayat2 popular saya dengan Sarah sekarang..........pada baby pula.."Umi,walid,kakak sayang kat baby ..kakak gurau je tu..kakak tepuk tu sbb nak main ngan baby tapi kakak tak pandai lagi...."...kadang2 rasa kelakar pun ada..tp dlm bahagia..amiiiiiiin....

Yang ketiga biarlah jarak dahulu (rezeki Allah yg tentukan tp kita boleh berikhtiar)...rasa tak nak berulang perasaan saya pada Sarah ketika baru2 dpt Naseh tu.....rasa tak termampu lagi....dua-dua dok manja lagi...pada sapa2 yg ala-ala jiwa2 mcm saya gitu, cantiknya anak pertama dan kedua lebihkan sedikit jaraknya...biar lebih bersedia mental dan fizikal...biar si kakak atau abang besaq sikit dan boleh terima adiknya...tapi kalau dah ada alhamdulillah terima dgn lapang dada...itu jer la yg dapat saya katakan.....Sayangnya umi pada Sarah dan Naseh..okeylah...ini pengalaman saya yg biasa2 je ni sekadar berkongsi rasa.....bye semua.........

Friday, November 11, 2011

Don't kill the GUILT

"Jika pernah terfikir bahawa orang yang menuju ke arah kebaikan itu hipokrit, sebenarnya anda salah. Kerana manusia is not intrinsically bad. Fitrah manusia itu suci dan inclined towards kebaikan. Maka sesiapa yang menuju ke arah kejahatan, dialah yang menjauhkan diri dari fitrah, dari what he/she intrinsically is. Now who is the hypocrite again?" [copy drp dilaMAYA.blogspot.com]

Jadi, kenapa saya nak cerita semua ni?
Sebab kita sering dibebani rasa bersalah.
Bersalah tentang apa?
Banyak!
Rasa bersalah pada manusia,rasa bersalah pada diri sendiri dan yang paling agung rasa bersalah pada Maha Pencipta.
Lantas teringat apa yang pernah berlaku pada saya ketika dulu...sering dibebani rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri...dan dipersalahkan mungkin...sentiasa positif dan optimis okey...
Rasa bersalah yang sepatutnya  adalah rasa bersalah jika tidak berada pada  kebenaran, rasa bersalah untuk berusaha menuju kebaikan, keikhlasan dan rasa bersalah jika tidak mendapat redha Tuhan...so don't kill the guilt.
Jadi untuk apa kita rasa bersalah untuk selain padaNya.........???Rasa bersalah yang bukan bersandarkan Khaliq akan menyesakkan jiwa.....rasa bersalah bila tidak mendapat penghargaan, rasa bersalah jika tidak mendapat perhatian, rasa bersalah jika tidak mendapat sanjungan dan penghormatan manusia.
Don't kill the guilt..jangan bunuh rasa bersalah itu jika ia datang apabila kita semakin jauh dengan Tuhan... kerana guilt itu fitrah hamba untuk menuju kesempurnaan dan kebahagiaan yg hakiki.

Rasa bersalah yang tinggi menunjukkan kendiri yg lemah.
Rasa bersalah yang rendah menunjukkan kendiri yg kuat.
Rasa bersalah yang bertempat dan sesuai menunjukkan kendiri yang sempurna.
Kill the guilt!

Sebagai Mukmin rasa bersalah yang tinggi pada kemungkaran menandakan KEKUATAN IMAN.
Don't kill the guilt saat Allah memilih diri mu untuk berasa bersalah!

Thursday, October 27, 2011

Biografi Dr.Abdullah Nasih Ulwan


Dr Abdullah Nasih Ulwan, Selagi Nadi Berdenyut Pena Sentiasa Menulis

Dr Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.

Pendidikan
Dr Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru yang mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah kepada masyarakat sekitar.

Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.

Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Dr Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952, seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.

Dr Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”.

Perkhidmatan
Dr Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan. Seterusnya matapelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi matapelajaran teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria. Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar, mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan, iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam.

Semasa menjadi guru di kolej berkenaan, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah Universiti di Syria. Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di samping memberi kuliah pengajian, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta kemahiran uslub berdakwah.

Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria.

Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata tempat, Dr Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka.

Beliau adalah seorang yang bergiat cergas dalam gerakan Islam, mengabdikan diri untuk dakwah dan ber­gabung dengan lkhwanul Muslimin. Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar (Rahimahumullah Jami'an).
Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh Allah, ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah. Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki. Dr Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini, sehingga memaksa beliau meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan. Semasa di Jordan beliau terus menjalankan peranan sebagai daei. Menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Menerima undangan di masjid-masjid, perayaan hari kebesaran Islam dan ceramah umum.

Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz, Jeddah, Saudi. Beliau menjadi pensyarah di universiti berkenaan sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat).

Akhlak dan Peribadi

Dr Abdullah Nasih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang memusuhi Islam. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja.

Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Beliau telah meletakkan amanah dalam dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam. Semasa di Syria, beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh pemerintah di waktu itu dan sentiasa menyeru supaya kembali kepada sistem islam, kerana Islam adalah penyelamat. Keadilan Islam adalah rahmat kepada ummah.

Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Sahabat karib beliau, Dr. Muhammad Walid menyatakan, Dr Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang yang sangat peramah, murah untuk memberi senyuman kepada sesiapa sahaja, pertuturannya sangat mudah difahami, percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan, beliau juga seorang yang tegas dengan prinsip asas Islam.

Dr Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.

Dalam persahabatan, beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa menziarahi teman-teman. Bertanyakan khabar serta mementingkan ikatan ukhuwwah Islamiah yang terjalin. Menghulurkan bantuan dan pertolongan sekalipun terpaksa bersusah payah untuknya.

Penulisan

Dr Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk.

Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah:

1. Pendidikan anak-anak di dalam Islam (2 jilid).
2. Hukum zakat menurut empat mazhab.
3. Madrasah Duat.
4. Takaful Ijtimaei dalam Islam.
5. Insurans Menurut pandangan Islam.
6. Pemuda Islam dalam menghadapi serangan musuh.
7. Menolak keraguan yang didatangkan musuh.

Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya yang berkaiatan dengan tarbiah Islamiah sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaallah akan jatuh ke hati. Di antaranya ialah:

1. Kepada Pewaris Anbiya.
2. Thaqafah Daeiah.
3. Ruhaniah Daeiah.
4. Kisah Hidayah (2 jilid)
5. Sifat Jiwa dan diri Daei.
Beliau telah meninggalkan sebanyak 43 karangan untuk umat Islam.

Menerima Rawatan dan Tekun Menulis Dalam Keadaan Sakit

Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di Pakistan, beliau telah mengadu sakit di bahagian dada kepada salah seorang doktor perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami penyakit di bahagian hati dan paru-paru. Beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapat rawatan pakar. Beliau mendapat rawatan dalam masa yang agak lama di hospital ini. Beliau meminta izin untuk keluar dari hospital bagi menunaikan temu janji yang terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital. Walaupun dalam keadaan sakit, tugas menyampaikan risalah Islam tetap diteruskan dengan bertenaga. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak menghalang beliau dari terus aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan majlis-majlis nadwah dan seminar. Melupai kesakitan yang dialami demi islam tercinta.

Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital yang sama setelah kesakitan yang dialaminya semakin kronik. Semasa dirawat di hospital beliau banyak menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di luar di samping minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.

Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Dr Abdullah Nasih Ulwan hanya tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan, selagi tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun, beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah.

Wafatnya
Dr Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar.

Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.

Rujukan:
Muqaddimah Silsilah Madrasah Du’at (Jilid 1) dan rujukan lainnya.

Sunday, October 23, 2011

Saya ada Naseh dan Nuha

Saya mulakan dengan kalimah Alhamdulillah...kalimah hamba kepada Khaliq...tak dapat nak taip panjang maklumlah dlm pantang tapi atas permintaan abang,kakak dan kawan2 nak tengok gambar baby,saya akan berkongsi gambar Permata Hati baru....


Sebenarnya di akhir kehamilan baru jantina bayi dapat dipastikan...seperti yang dijanjikan saya hanya mencari nama perempuan dan suami mencari nama lelaki...saya sebenarnya amat berkenan dgn nama Syifaa' Najiya/Syifaa' Naja/Syifaa' Hannan/Safiah Dina....Di Klinik Bersatu pada minggu ke 37 setelah scan kali terakhir baru jelas terpapar di mesin ultrasound baby lelaki...saya tak terfikir nama anak lelaki...

Seperti yang telah tertulis di Luh Mahfuz, maka pada 20 Oktober 2011 jam 12.20 tengahari lahirlah Permata Hati lelaki dengan berat 4.3 kilogram..berat kan?Padanlah kerana mmg Doktor suspect big baby....jadi dalam ward tu baby saya menjadi perhatian....InsyaAllah menurut suami saya dia nak namakan Permata Hati ini dengan nama Ahmad Naseh Ulwan sempena gelaran kepada Syeikh Abdullah iaitu penulis buku terkenal dan terkemuka dan antara karangannya yang menjadi rujukan adalah buku Tarbiyatul Aulad.Ahmad (yang terpuji) Naseh (penasihat,penyampai kebaikan) Ulwan (yang agung,tinggi,teratas)...semoga baby ini menjadi anak yang soleh...bangganya saya menjadi ummi kepada Nuha dan Naseh....

Thursday, October 13, 2011

13 Oktober 2011-Sehari di O&G Hospital Taiping....

Hari ni saya dan suami ke Hospital Taiping utk temujanji kali kedua..jadi dua-dua amik cuti rehat...sebelum tu saya nak maklumkan kisah pengalaman saya melahirkan Sarah tahun lepas tidak dpt disambung lagi kerana saya nak kongsikan kisah pada hari ini...Sebenarnya blog ni baru ja saya buat malam semalam..setelah 2 tahun tak update blog lama Insyirahzulfah.blogspot dan Usrahjora.blogspot...bila dibuka kembali rupanya saya bukanlah blogger atau penulis yg baik..rasa mcm student PMR pulak...tapi saya akan berusaha memperbaiki tulisan saya...dan blog ini juga dedikasi untuk puteri kesayangan saya Sarah Nuha dan anak2 saya yang akan datang...blog ini belum dikemaskini sebaiknya maklumlah baru dibuat smlm, ini pun sebab nak bantu kakak2 setugas di sekolah untuk menyiapkan assigment depa utk membangunkan blog...jd kira nak praktis balik la ni...saya tak pandai sebenarnya tapi saya sentiasa berpegang pada motto..Bila kita memudahkan orang lain ingatlah banyak lagi kemudahan yang Allah kurniakan kepada kita....


Okeylah panjang pulak saya membebel...masuk hari ni kandungan saya dah pun 37 minggu..kira dah cukup harilah...2 minggu lepas cek up yg pertama di Hospital Taiping Doktor putuskan saya perlu di operate sebab kandungan melintang dan sebelum tu songsang..ditambah air ketuban yg byk kalau ikut mesin tu la..apa pun sebagai Mukmin kita kena ingat kejadian manusia dlm rahim ibu hanya rahsia Allah Taala...tarikh yg diberi 20 Oktober 2011...tapi saya minta nak bersalin normal..ye la..kalau dah operate saya tak dapatlah masuk dlm golongan orang yang meramaikan umat Nabi Muhammad...jadi hari ni saya kena ke Hospital Taiping utk kali kedua...sebelum ni mmg bermacam2 ikhtiar yg dilakukanlah...solat hajat,minum air selusuh,air zafran,air zamzam,bacaan yasin ganjil dan dlm hati sentiasa berdoa supaya kepala baby tu turun ke bawah..bak kata kawan saya "dia takmau jaga pintu, nak dok atas jadi ketua"...gurauan yg buat saya tersenyum...jadi sblm ke Taiping malam tadi saya siap2 ke Klinik Jimmy Suzana saja nak scan dan nak tanya pandangan beliau...padahal 2 hari sblm tu saya dah pun ke Klinik Kedai 4..mmg baby masih menyongsang...setelah di scan alhamdulillah Dr.Jimmy kata kepala baby dah turun mgkn tak jadi operate tp baby pulak mcm besar 3.4 kg dah...tp hati lega sbb bayangkan tak perlu operate 20 hb 10  ni..tak lama dah la..rasa takut pulak..hehhe

Dgn hati yg lapang hari ni saya ke bahagian O&G Hospital Taiping..saya mengharapkan jawapan Dr situ sama dgn jawapan Dr Jimmy "tak payah operate"...lama betul la duduk dlm bilik Dr...setelah di scan mmg tepat jangkaan saya kepala baby dah turun...tapi saya nampak 2/3 orang Dr berbincang2 sesama depa..ish apa pulak ni...Dr pakar pulak datang scan...Dr kata baby besar sgt ni...dah 3.9 kg boleh mencecah ke 4.1 kg...Dr tak berani jamin kalau jadi apa2...risiko tinggi kalau bersalin normal..takut lemas,sangkut bahu,tangan patah,cacat,rahim pecah,luka lama berdarah dan mcm2 la...Allahuakbar..baru tadi seronok dgr baby dah okey tapi lain pulak masalahnya..jadi Dr minta keputusan saya...dalam keadaan mcm tu saya pun taktau nak bagi jawapan...panggil abang masuk dalam bilik pun sama taktau nak bagi jawapan mcmana..kami minta beberapa minit untuk berbincang di luar...jadi setelah beberapa minit...kami pun deside utk ikut cadangan Dr..maknanya saya mmg akan dioperate kali ke dua !Jadi terbayang dlm hati saya masih ada 1 atau 2 peluang je la untuk bersalin....dlm pd tu suami sempat lg bergurau..takpa kalau nak ramai nanti amek anak angkat..saya kata anak angkat takpa tapi jgn anak tiri!!!!Nanti saya dera....huhuhu

Dipendekkan cerita...19 hb Oktober iaitu hari lahir saya yg ke 31 saya akan cek in ward...puasa..dan 20 hb Oktober akan dioperate....ish tak lama dah tu....hari ni dah Khamis...Rabu depan masuk ward....rasa macam tak bersedia je...apa pun perlu redha...kerana....telah berjuta wanita melalui proses kelahiran dan ramai yg berjaya..hanya sedikit sahaja dipilih oleh Allah menjadi tetamuNya lebih awal....syurga buat mereka...jadi dikesempatan ni saya nak mohon ampun dan maaf kepada semua atas salah silap samada disedari atau tidak..huhuhu...mcm nak pg mana je....Rabu depan je lagi.....InsyaAllah...semoga selamat semuanya....

Wednesday, October 12, 2011

Stress saat menanti kelahiran Sarah.....ya Allah beri ku kekuatan...ini pengalaman saya tahun lepas..

Saat yang dinanti-nantikan......saya bakal ibu????

Dalam bulan 9 tahun 2009 tepat jam 5 pagi saya try lah pregnant test tu (mmg drp mula kawen boleh katakan dah beratus rggt habis beli bende tu)...kalau nak bayangkan perasaan saya waktu tu rasanya jantung boleh jatuh la kot..alhamdulillah positif...bermulalah episod saya bakal menjadi seorang ibu....saya mmg tiada masalah langsung...selera makan bertambah hingga lah sampai mggu 32 waktu sem 4 tu subjek agak mencabar jg iaitu subjek Psikologi Sosial bawah Prof. Mahkzan,Statistik bawah Dr.Fauzi dan Proposal bawah Prof.Najib...selepas balik drp scan mggu 32 di Klinik Kesihatan Tjg.Piandang keesokan tgh malamnya saya terjaga..ingatkan bermimpi tido dalam kolam rupa nya air ketuban dah pecah....due saya hujung Jun sedangkan waktu tu baru pertengahan April...apalagi saya terus ke Hospital Parit Buntar dan dihantar dengan ambulan ke Hospital Taiping.....Dalam sibuk2 belajar tu mmg tgh berperang dengan bermacam-macam tugasan...biasalah master kaunseling...utk yg teringin nak sambung buat pengetahuan anda Master Kaunseling ni kursus yg paling banyak jam kredit dgn pembentangannya,tugasan individu,viva,kuiz,pastu subjek Kaunseling Keluarga 2 minggu ala2 ROS la kalau cikgu kena buat kat mana2 agensi dan yg paling mencabar 3 bulan praktikal dan 3 bulan internship....(bersambung)

Di sini bermula...mendaftar semula sebagai mahasiswa UUM....

Saya berkira-kira untuk memulakan catatan pertama blog ini...sebelum ini saya  dah pun ada 2 blog yg hampir 2-3 tahun tidak diupdate....bila buka kembali rupanya saya bukanlah penulis yang baik..namun itu tidak melemahkan saya kerana saya ingin sekali berkongsi pengalaman saya menjadi mahasiswa kembali dan setelah itu menjadi seorang ibu...selepas saya dan suami diijabkabulkan bermulalah episod baru dalam lembaran hidup saya...disebabkan tuntutan kerjaya sebagai guru j-QAF bacth yang pertama adalah mustahil untuk saya mengikut suami ke Melaka tempat kelahiran suami saya manakala abang pula baru posting di sana...jadi kami pun senang cerita PJJ lah...2006 PJJ dan awal 2009 abang dapat tukar ke Perak..Bila dah puas berjalan,makan angin,berbulan madu entah kali ke keberapa dan kerana beberapa sebab menyemarakkan semangat saya untuk kembali sambung belajar..lagipun dah dekat 3 tahun belum lagi dikurniakan cahayamata....rasa masa tu mcm terbuang ja walaupun byk keja2 kat sekolah yg mana rumah pun dah jadi macam pejabat...dan satu lagi mmg itu cita-cita saya....Dengan semangat yg berkobar2 saya pun mendaftar pengajian Sarjana Sains Kaunseling UUM luar kampus....bermulalah rutin saya sebagai isteri,guru dan pelajar....mmg terlalu mencabar...tak cukup kalau nak cerita kat sini...cukuplah sekadar saya nyatakan peritnya hanya Allah yg tahu namun kemanisannya telah saya kecapi kini.............

Assalamualaikum....pembuka tirai Sarah Nuha Permata Hati Ummi dan Walid..