Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Wednesday, October 12, 2011
Di sini bermula...mendaftar semula sebagai mahasiswa UUM....
Saya berkira-kira untuk memulakan catatan pertama blog ini...sebelum ini saya dah pun ada 2 blog yg hampir 2-3 tahun tidak diupdate....bila buka kembali rupanya saya bukanlah penulis yang baik..namun itu tidak melemahkan saya kerana saya ingin sekali berkongsi pengalaman saya menjadi mahasiswa kembali dan setelah itu menjadi seorang ibu...selepas saya dan suami diijabkabulkan bermulalah episod baru dalam lembaran hidup saya...disebabkan tuntutan kerjaya sebagai guru j-QAF bacth yang pertama adalah mustahil untuk saya mengikut suami ke Melaka tempat kelahiran suami saya manakala abang pula baru posting di sana...jadi kami pun senang cerita PJJ lah...2006 PJJ dan awal 2009 abang dapat tukar ke Perak..Bila dah puas berjalan,makan angin,berbulan madu entah kali ke keberapa dan kerana beberapa sebab menyemarakkan semangat saya untuk kembali sambung belajar..lagipun dah dekat 3 tahun belum lagi dikurniakan cahayamata....rasa masa tu mcm terbuang ja walaupun byk keja2 kat sekolah yg mana rumah pun dah jadi macam pejabat...dan satu lagi mmg itu cita-cita saya....Dengan semangat yg berkobar2 saya pun mendaftar pengajian Sarjana Sains Kaunseling UUM luar kampus....bermulalah rutin saya sebagai isteri,guru dan pelajar....mmg terlalu mencabar...tak cukup kalau nak cerita kat sini...cukuplah sekadar saya nyatakan peritnya hanya Allah yg tahu namun kemanisannya telah saya kecapi kini.............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment