Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak

Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Sayalah Sarah Nuha!

Monday, February 13, 2012

Aktiviti Sarah...

Masuk hari ni bermakna masuk minggu ke 3 saya menguruskan My Puteri dan My Ensem Boy sorang diri...Tak banyak beza walaupun kadang2 terasa nak terbang bawa dua2 pergi dekat walid.Sebelum ni aktiviti petang sarah adalah naik moto dengan walid tengok lembu,ayam kambing kat sekitar kampung...bila walid dah takde saya pulak amek alih bawa sarah naik "motor" dia yg warna pink tu..saya tolak dia sambil tunjukkan apa2 yg patut..sarah memang kuat bersembang...singgah rumah jiran yg ada banyak kucing memang dia best sgt!

Bila tengok avanza warna hijau sarah kata "ayid".."ayid"...bila avanza tu dah berlalu dia kata "mana ayid"...bila tengok baju  ayid dia kata ni baju ayid..kain ayid...dengar bunyi keta sarah kata "ayid dah mai"....hihihi...tapi sarah ni dia banyak benda yg dia nak main,ada je hal dia jadi dia mcm terlupa yg ayid takde...macammana kalau ayid benar2 "takde".....???

Abang memang tiap2 hari kol...ceria je suara...saya doakan abang terus cemerlang...dari cerita abang dia memang ceria dan gembira dgn keja baru....tapi masa mengajar dulu pun dia gembira jugak..hehhehe....semuanya okey je....sekarang dah jam 12.32 tgh malam...sarah dgn naseh baru sudah bangun menyusu round yg pertama....byk lagi keja nak buat...hmmmm.....

Friday, February 10, 2012

Cara Jauhi Gosip:Theresa Ong,Berjaya Dalam Kerjaya, keluaran alaf 21



 


Dah lama takde entri baru...baru2 ni saja belek2 buku Theresa Ong tajuk Berjaya Dalam Kerjaya..tajuk2/bab2 nya sgt menarik..dan nak share 1 tajuk iaitu cara jauhi gosip...gosip atau umpat dan fitnah sudah jd barah dalam kehidupan seharian kita..ia sudah seperti biasa malah "perlu" pula untuk menjaga kepentingan diri sendiri...ia bukan perkara baru tetapi telah banyak diceritakan dalam al-Quran..malah dalam surah an-Nur ayat 19 Saidatina Aisyah sendiri telah difitnah...untuk peringatan diri saya juga..sama-sama kita cuba jaga diri kita drpd gejala ini seterusnya zero terus....
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"
Lalu jawab Baginda,
"Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"
Kemudian Baginda ditanya lagi,
"Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?"
jawab Baginda,
"Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Mengapa dua perbuatan itu mudah berlaku dalam kalangan umat manusia? Sebenarnya selain kerana hasad dengki, manusia terbabit tidak memiliki Iman dalam jiwa mereka.Fitnah lebih dasyat daripada membunuh...
Sentiasalah berdoa supaya Allah mengurniakan kita sifat Tawadduk..dijauhi daripada hasad mahupun riyak..siapalah kita jika tidak semuanya milik Allah...


Beberapa tips menjauhi perkara ini:

1-Berhenti bergosip,Motivasi diri supaya tidak terjebak dalam  perkara ini.Fikirkan pandangan orang lain terhadap anda apabila anda menggosipkan seseorang.
2-Jauhi kumpulan-kumpulan yang sedang bergosip.

3-Anda patut bermuhasabah setiap kali mendengar cerita tentang seseorang atau tentang diri anda sendiri dengan bertanyakan diri sendiri:
Adakah cerita itu tepat?
Adakah anda suka bermusuh?
Adakah anda mempunyai musuh?
Apakah faedah cerita tersebut kepada anda?
4-Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang.Jangan ceritakan masalah peribadi kepada seseorang kecuali anda benar2 mengenalinya dan yakin akan kejujurannya.

5-Jika anda sering menghabiskan sebahagian waktu kerja dengan bergosip menerusi pelbagai saluran berazam untuk meninggalkan perkara tersebut.
6-Jika anda terperangkap dalam suasana gosip, cuba elakkannya dengan mengubah topik perbualan.

7-Jangan terlepas cakap.Cakap malam dengar-dengar,cakap siang pandang-pandang.
8-Berfikir dahulu sebelum bercakap.Fikirkan kesan buruk yang bakal diterima jika anda bercakap tentang sesuatu.

9-Jangan cepat membuat penilaian terhadap orang lain tanpa maklumat yang mencukupi atau bukti yang kukuh apatah lagi ia keluar daripada mulut orang yang tidak menyukai individu tersebut.

10-Jangan takut berdepan dengan orang yang suka bergosip tentang diri anda.

11-Jika anda mendengar cerita yang meragukan jangan sebarkannya tetapi minta penjelasan daripada orang yang membawanya.

12-Jangan menokok tambah cerita yang negatif. Sentiasa berfkiran terbuka.





Wednesday, February 1, 2012

Baik dibalas baik...tp lbh baik dituju batu yg gugur ialah buah yg manis


Tajuk entri tidak sesuai dengan gambar yang dipaparkan...eheh...hari ni walid msg.."abang kuar keja 6.30 balik 5.30..jammed..sampai rumah 7.00 malam"...cabaran baru...ada berani???Saya jawab...sabar..faiza azamta fatawakkal alallah...tapi bila bual dalam telefon malam ni.."walid kata..alhamdulillah seronok..."...baru hari pertama...semoga terus cemerlang.........saya pulak hari ni sekolah ada pemantauan..2 orang drp JPN..alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana saya POSITIF!Mendapat imput yang berguna dan suntikan semangat serta motivasi yg tinggi seperti yang diceritakan......

Petangnya saya ke Selama Perak..umah Paklang (abang ipar ayah saya)..ada sesuatu yang saya nak ceritakan tentang Paklang dan Maklang (maklang baru)...tapi dah lewat ni..nak siap2 persiapan utk sekolah esok...pesanan penaja..sentiasa berdiri atas kaki sendiri dan yakin diri sendiri krn tidak semua yang menyenangi diri kita....