Dah lama takde entri baru...baru2 ni saja belek2 buku Theresa Ong tajuk Berjaya Dalam Kerjaya..tajuk2/bab2 nya sgt menarik..dan nak share 1 tajuk iaitu cara jauhi gosip...gosip atau umpat dan fitnah sudah jd barah dalam kehidupan seharian kita..ia sudah seperti biasa malah "perlu" pula untuk menjaga kepentingan diri sendiri...ia bukan perkara baru tetapi telah banyak diceritakan dalam al-Quran..malah dalam surah an-Nur ayat 19 Saidatina Aisyah sendiri telah difitnah...untuk peringatan diri saya juga..sama-sama kita cuba jaga diri kita drpd gejala ini seterusnya zero terus....
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"
Lalu jawab Baginda,
"Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"
Kemudian Baginda ditanya lagi,
"Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?"
jawab Baginda,
"Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Mengapa dua perbuatan itu mudah berlaku dalam kalangan umat manusia? Sebenarnya selain kerana hasad dengki, manusia terbabit tidak memiliki Iman dalam jiwa mereka.Fitnah lebih dasyat daripada membunuh...
Sentiasalah berdoa supaya Allah mengurniakan kita sifat Tawadduk..dijauhi daripada hasad mahupun riyak..siapalah kita jika tidak semuanya milik Allah...
Beberapa tips menjauhi perkara ini:
1-Berhenti bergosip,Motivasi diri supaya tidak terjebak dalam perkara ini.Fikirkan pandangan orang lain terhadap anda apabila anda menggosipkan seseorang.
2-Jauhi kumpulan-kumpulan yang sedang bergosip.
3-Anda patut bermuhasabah setiap kali mendengar cerita tentang seseorang atau tentang diri anda sendiri dengan bertanyakan diri sendiri:
Adakah cerita itu tepat?
Adakah anda suka bermusuh?
Adakah anda mempunyai musuh?
Apakah faedah cerita tersebut kepada anda?
4-Jangan terlalu mudah mempercayai seseorang.Jangan ceritakan masalah peribadi kepada seseorang kecuali anda benar2 mengenalinya dan yakin akan kejujurannya.
5-Jika anda sering menghabiskan sebahagian waktu kerja dengan bergosip menerusi pelbagai saluran berazam untuk meninggalkan perkara tersebut.
6-Jika anda terperangkap dalam suasana gosip, cuba elakkannya dengan mengubah topik perbualan.
7-Jangan terlepas cakap.Cakap malam dengar-dengar,cakap siang pandang-pandang.
8-Berfikir dahulu sebelum bercakap.Fikirkan kesan buruk yang bakal diterima jika anda bercakap tentang sesuatu.
9-Jangan cepat membuat penilaian terhadap orang lain tanpa maklumat yang mencukupi atau bukti yang kukuh apatah lagi ia keluar daripada mulut orang yang tidak menyukai individu tersebut.
10-Jangan takut berdepan dengan orang yang suka bergosip tentang diri anda.
11-Jika anda mendengar cerita yang meragukan jangan sebarkannya tetapi minta penjelasan daripada orang yang membawanya.
12-Jangan menokok tambah cerita yang negatif. Sentiasa berfkiran terbuka.
No comments:
Post a Comment