Saya berdebar menunggu saat itu....semuanya masih "kabur" walaupun sudah hampir 99% confirmnya...kalau dulu 2006 hingga akhir 2008 saya dan suami PJJ Melaka-Perak...kali ini kami mungkin akan melaluinya kembali...apa pun belum bermula walaupun semakin hampir...suami mungkin berhijrah ke ibu kota dan saya juga akan berhijrah...berhijrah tempat tinggal...pasti menuntut pengorbanan yang tinggi...saya positif..cuba positif..pasti ada hikmah...setiap yang akan berlaku...Allah ilhamkan pada manusia sesuatu yang telah ditetapkan untuk dirinya...
Saat mendapat surat..kata suami hatinya berbagai rasa...bercampur baur...insyaAllah semuanya baik-baik saja...kalau diikutkan dengan surat suami tu saya juga boleh memohon bertukar kemana-mana sekolah berdekatan tempat bekerja suami nanti tapi saya belum bersedia lagi2 memikirkan tempat mengasuh anak...tak sanggup rasa dengan pelbagai kes dan berita bekenaan tempat asuhan kanak2 yang tidak bertanggungjawab sekarang.....mungkin tunggu Naseh dan Sarah bersekolah dulu...sanggupkan???Saya juga berdoa dapat berhijrah juga satu ketika nanti...berhijrah daripada pelbagai perasaan yang bergelodak dalam jiwa...pastinya semua di antara kita mendoakan dan mengharapkan yang lebih terbaik dalam hidup kita..tapi ingatlah semuanya berbalik kembali kepada tujuan hidup manusia...pengabdian diri pada Nya....-saya insan lemah.(sambung di posting lain slps ini).
No comments:
Post a Comment