Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak

Sarah Nuha 1 tahun 5 bulan bakal menjadi kakak
Sayalah Sarah Nuha!

Friday, January 6, 2012

Masam manis 2011 selamat datang 2012

Dah seminggu kita meninggalkan tahun 2011..bagi saya sendiri rasanya terlalu banyak masam manisnya tahun 2011..terasa betapa pantasnya masa berlalu...2009-2011 agak menyibukkan bagi diri saya..ya lah belajarlah katakan...kata kawan2 ku "mastergi" tu..hohoho..malu nak mengaku....inilah sebenarnya azam tahun 2009 yang lepas..sekadar pencapaian peribadi okey...dan saya yakin anda juga berminat untuk belajar kan..memang best!

Berbalik pada masam manis tahun 2011...pada awal nya ianya adalah tahun genting bagi saya...dalam bulan Januari tu adalah bulan last saya berintership...saya diselia oleh Tan Sri Dr.Nordin Kardi...orangnya sangat "humble" sempat juga kami berkenalan dengan Puan Sri yang jelita...di bawah seliaan Tan Sri saya rasa terlalu bertuah..terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip...kalau nak cerita di sini memang terlalu panjang :)))...satu kata2 Tan Sri yang saya suka..siapa pun klien anda,apa pun isunya berbaliklah pada persoalan apa makna kehidupan?(bagi diri mereka).Saya merenung kembali diri saya...31 tahun hidup apa yg aku cari???Redha Allah dan kebahagiaan dunia akhirat...inilah makna kehidupan yang sebenarnya....Pada bulan tersebut juga saya terlalu sibuk untuk menyiapkan tesis.Kalau masa ijazah pertama dulu saya buat kajian lapangan tapi kali ini kajian kuantitatif...agak rumit juga almaklumlah semasa kuliah statistik saya hanya sempat hadir kelas beberapa kali sahaja kerana bersalinkan Sarah...ish..tentu Sarah pandai statistik lepas ni kan...huhuhu..dan awal januari juga saya telah bercuti tanpa rekod untuk tujuan tersebut.Waktu tu terasa 24 jam tidak cukup...mmg tak tido sgt...stress sgt2...tapi stress itu adalah mobiliti yang menjadi penggerak dan motivasi..

Kalau tak silap saya dalam awal Februari laporan intership dan tesis siap dihantar..alhamdulillah akhirnya saya dapat juga siapkan intership dan tesis dengan jayanya pada tarikh yang telah ditetapkan..pada saat itu betapa terasa batu yang besar telah gugur dari kepala...amin..ya Raab..

Februari berakhir...seperti biasa saya menjalani kehidupan biasa kerana saya juga adalah seorang guru j-QAF biasa yang bercita-cita menjadi luar biasa....(rasa banyak kelemahan yg ada pada diri...) tentu anda tertanya2 kenapa tiada ponting tentang "sekolah",murid dan kehidupan sekolah kan...tentu saya bukan guru yang dedikasi????hohooho....bukan begitu..blog saya sekadar catatan peribadi dan pengalaman sosial saya...jadi saya tidaklah fokuskan pada semua sisi kehidupan saya...:))).Sebenarnya "i am proud to be a teacher" okey...itulah pekerjaan yang mulia dan saya sangat cintakan sekolah,murid2 dan kerjaya saya...tapi dlm hati tetap berdoa agar ada "miracle" supaya dapat menjadi pendidik yang lebih baik...dan tempat yg terbaik untuk saya.

Dalam masa yang sama saya juga mengandungkan Naseh...alhamdulillah..rasa baru je bersalin hujung April 2010..rupanya Allah murahkan rezeki saya lagi..sangat bersyukur terlalu mudah pula setelah hampir 4 tahun dulu menunggu yang sulung.Inilah manisnya 2011.... Januari,Februari,Mac,April,Mei,Jun,Julai,Ogos,September,Oktober berdebar menunggu orang baru....

2 Oktober 2011 buat kali ke3 saya naik di atas pentas konvokesyen...terasa sedikit sebak...mengenangkan sukarnya saat2 belajar dan sebak mengenangkan baby yang sarat dalam perut...terkenang betapa sukarnya belajar dalam masa yg sama bergelar guru,ibu,anak...terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mendatang....jika tidak kuat rasanya saya takkan pijak atas pentas ini...terima kasih kepada rakan2 sejawat..minta maaf jika ada tanggungjawab saya yg tidak lancar dan waktu cuti saya terpaksa rakan-rakan ganti...(cuti juga menjadi cabaran yg hebat)...kepada anda yg hendak sambung belajar permohonan kepada JPN perlu di buat dan kita boleh memohon cuti tanpa rekod 30 hari setahun tetapi hanya melibatkan kursus intensif sahaja....boleh baca lebih lanjut dalam mana2 pekeliling kelayakan cuti tanpa rekod untuk guru/penjawat awam.

19 Oktober adalah tarikh lahir saya yang amat manis kerana pada tarikh tu saya "serah diri" untuk bersalin ceaser keesokkanya (seperti yang saya dah ceritakan dalam posting sebelum ini).Alhamdulillah 2011 yang masam manis...itulah ketentuan Allah yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Hujung 2011 saya akhiri dengan penuh rasa syukur dengan pelbagai masam manis yang telah dilalui..dalam hati berkata Selamat Datang 2012 semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi saya sekeluarga...saya suami isteri juga telah akhiri 2011 dengan aqiqahkan Naseh dlm majlis walimah adik bongsu suami.Ya Allah janganlah Kau uji perkara yang aku tidak mampu...semoga bertambah Ilmu,Iman dan Amal...saya jg hnya mahu mnjadi pendidik yg ikhlas dan bertanggungjawab...betapa kerdilnya diri ini di sisi Mu ya Allah...sukarnya menjadi "permata" dalam berjuta kaca!

No comments:

Post a Comment